Selamat Datang :)
![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Saturday, December 27, 2008, 12:54:00 PM
Keratan Akhbar BPGHS di SMP N1 Purbalingga
Wartawan Amirul Ashraf Tuesday, December 9, 2008, 6:11:00 AM
Renungan.
Harap kesemua 25 pelajar yang ke Purbalingga,Indonesia dapat e-mel renungan anda dalam bentuk Microsoft Word selewat-lewatnya Rabu, 17 Disember 2008. Harap anda bekerjasama :] Tambahan lagi, kalau ada gambar-gambar, harap dapat e-melkan juga kepada sepbpemas@hotmail.com. Terima Kasih Wartawan Syafiq Saturday, December 6, 2008, 8:42:00 PM
Renungan
Hello semua!! Apa khabar? Harap anda telah memperolehi banyak manfaat dan telah bergembira dalam program pertukaran ini. Setelah satu perjumpaan, pasti akan ada perpisahannya... Baiklah. Saya berhenti berjiwang-jiwang ya? Jangan lupa menghantar renungan anda kepada emel program pertukaran kami: Harap anda dapat menghantar renungan-renungan anda sebelum 07122008 (Isnin). Lebih cepat lebih bagus. Jangan lupa ya? Selamat beristirehat:) Wartawan Amirul Ashraf Wednesday, December 3, 2008, 8:25:00 PM
HELLO !
Hampir lima hari di Purbalingga... Jadi bagaimana pengalaman anda di negeri asing? Harap semua dapat mempelajari sebanyak mungkin di Purbalingga, dari budaya ke makanan nya... Tinggal tiga hari sahaja sebelum berangkat pulang ke tanah air. *Buat renungannya ya...jadi boleh update blog. Wartawan Syafiq :] Friday, November 28, 2008, 4:47:00 PM
Lirik Lagu Bahasaku.
Senikata: Nadiputra Gubahan: Dzul Rabull Jalil Nyanyian: Kumpulan Padu Suara Harmoni Orkid Kelab Masyarakat Tampines West 01.Dengan nama AllahPengasih, PenyayangPasrahlah usaha kami Menyahut seruan pertiwi Sesuci jasmani rohani 02.Duhai putera puteri ibunda Laksamana Tuah berperi sudah Takkan Melayu hilang di dunia Jadi perisai semangat waja Korus: Bahasa jiwa bangsa Lestarikan bahasa ibunda Adat disanjung Agama dijunjung Pusaka pertiwi Warisan murni 03.Siapa lagi kalau tidak kita? Tepuklah dada tanya selera Bahasa ibunda jiwa nusa Mertabatkan ke persada dunia 04.Arif Budiman mulia pekerti Amalan Nabi duniawi ukhrawi Jadikan pakaian jasmani rohani Teguhkan iman sifat terpuji Korus: Bahasa jiwa bangsa Lestarikan bahasa ibunda Adat disanjung Agama dijunjung Pusaka pertiwi Warisan murni 05.Kami insan lemah bersujud diri Bermunajat pasrah sesungguh peri Limpah rahmatmu, sinarmu Ilahi Bahasa Ibunda disanjung tinggi 06.Yang Maha Esa tersemat di hati Rahmat Syufaat rabbul Izzati Ya Rasulullah semoga kami diberkati Usaha murni semulia ini Korus: Bahasa jiwa bangsa Lestarikan bahasa ibunda Adat disanjung Agama dijunjung Pusaka pertiwi Warisan murni , 4:40:00 PM
Mesej.
Aswb. Harap para peserta dapat membuat Renungan tiap-tiap hari semasa berada di Purbalingga nanti. Juga, tolong tanyakan tentang cerita-cerita rakyat di Purbalingga supaya dapat dikongsikan bersama teman-teman anda di Singapura apabila anda pulang nanti. , 3:21:00 PM
sesi pre-trip briefing
Sesi pre-trip briefing yang diadakan tadi amat berguna bagi para ibu bapa yang masih tidak pasti akan apa yang akan dilakukan oleh anak mereka di Purbalingga nanti. Semua murid-murid yang bakal ke Purbalingga kelihatan begitu ghairah apabila mendengar Cikgu Sazali memaklumkan tentang aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan. Baju EMAS yang baru kami dapat tadi lawa sungguh! (: Semua seperti tidak sabar hendak ke Purbalingga sebaik saja mendapat Electronic Ticket Receipt. Kami akan meninggalkan pulau Singapura esok pagi! Sampai di sini sahaja. Saya belum lagi habis menyiapkan bagasi! Selamat tinggal Singapura, Selamat bertemu Purbalingga! (: Wartawan Izyan |
Kenali Kami:)
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.Cikgu Sazali
Cikgu Manaf
Cikgu Aza
Ahmad
Aisyah
AmirulA
AmirulZ
Aisyah
Azlin
Diyanah
Farhana
Farhanah
Fadhilah
Fazleen
Iqbal
Izyan
Khairool
Nabilah
Nadiah
Sabrina
Safiah
Saufy
Sufy
Syafiq
Shahirah
Syahirah
Tirmuzi
Umairah
|
![]() Tahun ini program EMAS melewati tahun ketujuh di Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang (BPGHS), tiga sekolah autonomous kumpulan pertama di Singapura. Pelbagai aktiviti pengayaan telah dapat dimanfaatkan para pelajar dalam usaha mendalami seni dan budaya serta memperkukuh kemahiran dan penguasaan bahasa ibunda dan kesusasteraan mereka. Kerencaman aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan estetika serta melahirkan buku himpunan hasil kekaryawan pelajar secara tahunan berupa TINTA EMAS yang menyusuli bengkel penulisan kreatif bagi para pelajar menjadi bukti bagaimana para pelajar yang berani memanfaatkan kesempatan yang sedia ada akan menemukan titik kejayaan yang membanggakan. Dengan sokongan pihak CPDD dan tukikan sekolah serta jalinan antarabangsa seperti di SMP N1 Purbalingga, Jawa Tengah dan SMA N4 Denpasar, Bali, jelas sekali para pelajar ini telah berpeluang merentasi satu proses pengayaan yang mendewasakan; yang secara tidak langsung telah memupuk minat yang mendalam serta membentuk pemikiran yang lebih kritis dan matang dalam pandangan dunia (World view) mereka. Akhirnya akan lahirlah para pelapis masyarakat wibawa dan para pengkarya yang mampu berkarya akademik dan susastera dengan bermutu yang saya harap dan akan secara langsung menjadi pemangkin bagi perkembangan daya kreativiti setiap para pelajar di Singapura permai ini. Penghargaan saya juga kepada guru-guru yang tekun mendidik, membimbing serta mendorong para pelajar demi merealisasikan cita-cita mereka ini khususnya Cikgu-cikgu Senan Long, Abdul Manaf Mohd Yasir, Ezra Sham Mohamed, Maimoon Kamis, Teoh Soo Sim, Noormarlina Tasrib dan Nur Azarina Khamis. Juga kepada Pengetua sekolah Encik Lee Seng Hai yang sangat peka dan memahami serta tekal menyokong semua program EMAS di BPGHS, khususnya sepanjang proses pembelajaran dan aktiviti sepanjang tahun 2008 ini. Akhir sekali, kepada semua pelajar yang terlibat, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada mereka. Sekian. Terima kasih. Sazali Bin Sahri |
![]() Cikgu Manaf Semoga setiap pengalaman yang para pelajar lalui di sana dapat menajamkan kepekaan masing-masing terhadap setiap apa yang dilalui setiap hari di sini Semoga kemahiran berbahasa yang baik dapat memungkinkan anda semua berkomunikasi dengan efektif. Etika sosial yang para pelajar memiliki dapat membantu usaha menjalin ukhuwah sesamanya. jadilah tetamu yang baik, jadilah duta pelajar yang dibanggakan sekolah dan negara. Selamat berdarmawisata |
![]() Greetings! For the uninitiated, I’m Miss Aza. I teach Biology and English at BPGHS. It is a great honour to be a part of this inaugural EMAS Students’ Exchange Programme. Broadly, I’ve learnt a lot from everyone who has been involved in this programme since February 2008. I thank you all for the trust, patience and commitment. Like all the student participants, I am looking forward to take every possible opportunity to share and exchange ideas. The privilege to be exposed to new and different cultures and practices is indeed priceless. Thank you. Kind regards, Nur Azarina Khamis Salam sejahtera! Bagi mereka yang belum mengenali, saya Miss Aza. Saya mengajar Biologi dan Bahasa Inggeris di BPGHS. Sememangnya, ini adalah satu pengiktirafan kepada saya kerana dapat menyertai Program Pertukaran Pelajar yang pertama dikelolakan oleh EMAS/BPGHS di bawah kendalian Unit Bahasa Melayu, BPGHS. Secara menyeluruh, saya telah banyak mempelajari daripada semua pelajar yang terlibat dalam program ini semenjak Februari 2008. Terima kasih di atas kepercayaan, kesabaran dan penglibatan anda sekalian. Seperti semua pelajar yang bakal ke Purbalingga, saya juga turut mengharapkan setiap peluang yang ada dapat saya berkongsi dan bertukar buah fikiran dengan teman-teman dari Purbalingga. Dengan adanya kesempatan ini saya dan pelajar akan didedahkan kepada budaya dan cara hidup yang berbeza sementara di Purbalingga, sememangnya ini sangat dihargai. Sekian. Terima kasih. Nur Azarina Khamis |
![]() Selamat sejahtera, nama saya Ahmad Ghuzaili. Saya berumur 16 tahun. Saya berasa tidak sabar dan ghairah untuk berangkat ke Purbalingga, Indonesia. Inilah kali pertama saya akan menjejakkan kaki ke Indonesia . Saya harap kunjungan saya ke sana nanti dapat memberi sedikit pengalaman mengenai budaya dan tradisi masyarakat di sana. |
![]() Salam sejahtera semua. Saya Siti Nur'aisyah binte Abdul Rashid, 16 tahun. Saya amat berbesar hati mendapat peluang keemasan ini untuk ke Purbalingga pada 29 November nanti. Saya yakin saya akan dapat meraih pengalaman yang berguna dan menimba ilmu yang meluas melalui wisata ini. Di samping itu juga, saya dapat mengenali dan memahami kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu di Indonesia. Datuk saya orang Jawa, tetapi saya tidak pernah ke sana! Ini merupakan kali pertama saya melangkahkan kaki ke tanah Jawa. Saya berharap saya dapat menjalinkan persahabatan antara pelajar-pelajar di SMPN1 dan membawa pulang memori-memori dan kisah-kisah yang bakal diceritakan kepada anak dan cucu-cicit saya suatu hari nanti. |
![]() Yo! Apa khabar semua? Nama saya Amirul Ashraf. Tetapi, lebih dikenali sebagai Amirul. Saya seorang yang ceria dan peramah. :) Saya berharap lawatan saya di Purbalingga nanti penuh makna dan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jika boleh, saya mahu mempelajari budaya yang dipraktikkan di sana dan bagaimana untuk bertutur dalam Bahasa Jawa. Saya turut ingin melihat tempat-tempat yang menarik seperti Owabong dan Borobudor. Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan teman-teman baru di sana nanti. (: SENYUM SELALU :) |
![]() Assalamualaikum. Saya Muhd Amirul. Saya gemar bersukan. Apa jenis sukan pun jadilah. Saya asyik bergurau. Justeru, janganlah kecil hati jika saya tersilap bicara kerana saya hanya ingin menghiburkan hati anda. Tidak lama lagi, saya dan sebahagian daripada murid-murid EMAS dari BPGHS yang lain akan melibatkan diri dalam program pertukaran pelajar ke Purbalingga, Indonesia. Memang ghairah rasanya setiap kali memikirkan tentang perlawatan yang akan kami sertai. Saya ingin merasakan cara kehidupan para penduduk di sana. Selain itu, saya ingin cuba bertutur dalam bahasa Indonesia dan yang penting sekali, menbina persahabatan baru bersama para pelajar di sana. Salam hormat dari saya, Amirul. =) |
![]() Nama penuh saya Siti Aisyah Bte Sahrol. Lebih dikenali sebagai Aisyah. Saya seorang pelajar Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang. Aktiviti ko-kurikular yang saya sertai di sekolah adalah Girl Guides( Pandu Puteri). Saya suka berbual, mendengar lagu dan melungsuri internet. Saya juga suka meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga. Daripada lawatan ke Purbalingga, saya harap saya akan dapat pelajari beberapa perkataan Indonesia, mengetahui lebih tentang Indonesia atau Purbalingga khususnya dan mendapat kawan-kawan baru di sana. |
![]() Salam sejahtera kepada semua! Nama saya Azlin dan saya gemar membaca kerana saya seorang yang suka menimba pengetahuan dalam pelbagai aspek. Meskipun datuk saya seorang anak negara Indonesia, saya belum cukup mengenali latar belakang cara kehidupan nenek moyang saya dan hanya pernah ke sana sekali sahaja sewaktu kecil. Oleh itu, saya berterima kasih kerana dipilih untuk menyertai lawatan sekolah kami di sana. Saya melihat lawatan ini sebagai peluang untuk saya meluaskan ilmu pengetahuan tentang negeri di rantauan serta mengenali adat dan budaya yang berbeza. Saya juga tidak sabar untuk mengalami perasaan kagum apabila berada di Borobudur nanti dan mengalami pengalaman sebagai pelajar di sekolah di sana. Jumpa anda di sana! |
![]() Saya Diyanah. Saya berharap agar lawatan ini akan mengajar saya akan sistem pelajaran di sekolah-sekolah di Indonesia. Mudah-mudahan lawatan ini menyeronokkan di samping memberi pengetahuan yang luas tentang alam persekolahan. |
![]() Nur Farhana Bte Ahmad Husnan Saya amat berharap pengalaman ini dapat memberi saya peluang untuk menimba ilmu tentang budaya dan cara hidup yang lain. Saya tidak sabar hendak melihat suasana dan permandangan di negeri asing ini. Ianya sudah tentu akan menakjubkan dan saya berasa cukup bertuah untuk diberikan peluang ini untuk berkenalan dengan murid-murid asing. |
![]() HEY ! Saya Farhanah ! Dan lebih digelar Fana ! hahaha! Saya amat minat bersukan dan bersama teman-teman ! Dari itu, saya sudah tidak sabar untuk ke Purbalingga dan menemui rakan-rakan baru di sana ! Saya berharap persahabatan kami dan pelajar-pelajar di sana akan tetap berterusan walaupun sudah pulang ke Singapura nanti ;D Saya juga berharap lawatan ini akan mengembangkan lagi imlu pengatahuan saya tentang budaya di Purbalingga !;D |
![]() Nama saya fadhilah dan saya baru sahaja menyambut hari lahir yang ke-15 pada permulaan November ini(: Saya teramat ghairah dan tentunya tidak sabar untuk ke Purbalingga kerana saya ingin sekali melihat sistem pelajaran mereka. saya sering ditertawa oleh ibu bapa serta adik beradik saya kerana kemahiran saya untuk berbahasa Indonesia yang agak lemah. Dengan itu, saya bertekad untuk mempelajari dan memahami bahasa Indonesia yang sesungguhnya menarik pada saya. Saya percaya saya akan dihadapi dengan pelbagai cabaran apabila saya ke sana, seperti kekurangfahaman akan bahasa mereka. Namun, saya tidak akan membiarkan perkara itu membawa kesan buruk terhadap semangat saya untuk mengalami pengalaman serba baru yang berkobar-kobar (: |
![]() Haiiiiiiiiiiiiiii! Nama saya Fazleen. Saya tidak sabar untuk ke Purbalingga kerana inilah kali pertama saya akan menyertai program pertukaran pelajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Saya ingin belajar serba sedikit tentang seni dan tradisi di sana terutama sekali tarian tradisional. Saya tidak fasih berbahasa Indonesia tetapi dengan menyertai program ini saya harap saya dapat belajar bertutur dalam bahasa Indonesia :] |
![]() Nama saya Iqbal Pratama Putra dan saya berusia 16 tahun. Saya ada darah Indonesia. Ibu saya berasal dari Bintan, Kepulauan Riau. Saya ada kampung dan tanah di sana. Maka, secara semula jadi, saya cenderung terhadap budaya dan seni orang Indonesia. Saya tidak sabar untuk ke Brobodur dan belajar lebih tentang kehidupan masyarakat Purbalingga. Saya juga seseorang yang suka kepada kehidupan lasak. Oleh itu, saya berharap agar saya dapat mengalami dan mempelajari sesuatu perkara yang baru setiap hari. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. |
![]() Hello semua(: Saya Izyan Liana, salah seorang pelajar yang bakal turuti program pertukaran pelajar ke Purbalingga. Saya orangnya suka berbual, menonton dan juga membuat teman baru. Tidak sabar saya hendak menjejak kaki di tanah Indonesia. Saya berharap bahawa saya dapat pelajari lebih tentang adat-istiadat orang Purbalingga dan juga buat teman baru! |
![]() Kehidupan ini adalah satu pencarian. Kami mencari Tuhan. Kami mencari diri kami sendiri. Kami mencari benih-benih pahala. Kami mencari dengan berimamkan Muhammad s.a.w dan Al-Quran. Dalam pencarian itu, kami meredah bumi Tuhan kerana di balik setiap tapak bumi yang dipijak ada rahsia yang tertimbus. Dengan mengetahui rahsia tersebut, kami mengenal kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang menciptakan segala-galanya. Dengan menjadi musafir di bumi Tuhan, kami mengenal ciptaan-Nya dan mengutip mutiara-mutiara pengajaran daripadanya buat bekalan untuk kembali kepada-Nya kerana setiap tanah yang dipijak akan menjadi saksi; setiap dahi yang menyentuh tanah akan menjadi saksi. Kehidupan ini adalah satu pencarian dalam ubudiyyah dan bernafaskan mahabbah. Aku mencari di bumi Tuhan. Aku menjadi musafir di bumi ini. "Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat maka ke mana jua kamu arahkan diri maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya) lagi sentiasa Mengetahui" Al-Baqarah, 115 |
![]() Salam semua. Saya Nabilah dan saya bersyukur telah menjadi salah satu pelajar yang terpilih untuk menyertai program pertukaran pelajar di Purbalingga. Saya berasa amat teruja kerana ini pertama kali saya akan ke Indonesia. Juga, saya tidak sabar untuk merasakan kehidupan di sana sebagai seorang pelajar. Meskipun akan meninggalkan tanah air selama 8 hari, saya tahu pengalaman sebegini tidak dapat saya lepaskan dan berharap kawan-kawan akan terhibur dengan kehadiran kami di sana. Nantikan ketibaan kami ke sana!:P |
![]() Hello! Saya Puteri Nadiah, seorang pelajar EMAS dari BPGHS. Saya sering menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik, baik tradisional mahupun moden. Asalkan, muzik yang dicipta itu menakjubkan. Saya menghabiskan masa melangkah setapak, mencuba bermacam-macam alat muzik. Gila muzik lah katakan. Hari yang saya nanti-nantikan adalah tanggal 29 November 2008. Kerana! Itulah masanya saya serta rakan-rakan akan berangkat ke Purbalingga, Indonesia. Harapan saya hanya satu, untuk menimba ilmu di negara itu. Saya ingin sekali belajar bertutur dalam bahasa Indonesia, memahami adat-istiadat orang Indonesia dan melihat sistem pelajaran mereka. Saya mahu merasakan bagaimana para penduduk di sana menjalani hidup seharian mereka. Yang penting sekali, saya ingin membina persahabatan baru bersama para pelajar dan penduduk di sana. Dengan itu, saya minta diri dulu. Wasalam. =) |
![]() Nama saya Sabrina dan saya belajar dalam aliran Sains Hayat. Saya gemar mengembara serta warna kuning. Saya seorang yang suka berjenaka dan sering tersenyum. Tarikh lahir saya jatuh pada 19 Mac 1993 (: Saya berharap untuk menambah pengalaman dan memperolehi kemahiran ketika di Purbalingga. Tentunya, saya tidak sabar untuk merasakan bagaimana remaja di Purbalingga menjalani hidup mereka di sekolah dan di rumah. Pastinya, program penyerapan ini tidak akan dapat dilupakan. |
![]() Yo, SAFIAH di sini. Saya gemar dengan semua jenis muzik, asalkan bukan jenis yang boleh buat saya mengantuk. (: Saya tidak sabar menanti saat di mana kami akan tinggal pergi ke Purbalingga. Pasti pengalaman yang akan saya dapati tidak akan terkira nilainya. Apatah lagi dapat menyaksikan keagungan Borobudur. Juga mempelajari adat-istiadat di Idonesia dan mendapat rakan-rakan yang baru! (: |
![]() Hey, hey, hey! Saya Muhd Saufy Abdul Karim. Saya gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang lasak, MENGASYIKKAN, MENGGIURKAN dan yang pasti, diminati ramai dan dilakukan oleh hampir seluruh umat dunia. Nak tahu? Aktiviti tersebut iala s...... Haa tengok tu, semua dah fikir yang bukan-bukan! Maklumlah, budak-budak zaman sekarang. Apa yang saya maksudkan itu ialah sukan bolasepak lah. Saya berharap lawatan kami ke Purbalingga amat menghiburkan dan menyeronokkan agar kenangan dan memori indah boleh dibawa pulang ke tanah air. Saya juga berharap dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai budaya orang di sana melalui lawatan ini. |
![]() Heys….Nama saya Muhammad Sufy…panggil sahaja Sufy. Saya orangnya memang sentiasa senyum selalu dan suka berjenaka. Saya memang tidak sabar menantikan lawatan kami ke Purbalingga nanti. Apa yang saya harapkan nanti di Purbalingga ialah suatu pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Saya juga ingin tahu lebih dalam lagi tentang budaya dan tradisi orang Indonesia. Saya juga berharap lawatan akan menjadi lebih seronok bersama teman-teman baru di Purbalingga! Woohoo! :] |
![]() Hey, Syafiq di sini. Nama penuh saya Muhammad Syafiq. Dilahirkan pada tanggal 15 Mei 1993 Tergila-gilakan muzik dan apa-apa yang menegenai dengan kesenian seperti fesyen Saya selaku seorang pelajar EMAS di BPGHS yang tidak lama lagi akan mengendalikan diri saya dalam Program Pertukaran Pelajar bersama SMP NI Purbalingga. Peluang ini bakal membuka mata saya kepada budaya orang lain dan menikmati gaya hidup mereka. Saya mengharapkan bahawa saya dapat menimba ilmu dan bergaul dengan pelajar-pelajar di Purbalingga nanti lalu mewujudkan persahabatan yang akan berkekalan. |
![]() Hei!! saya Shahirah namun lebih dikenali sebagai Shirah! Saya peramah dan gemar bergelak-ketawa. Saya seorang yang sangat suka menari!! Kehidupan saya pula seakan berputar dengan muzik! Keghairahan saya untuk ke Purbalingga sudah tidak terungkap lagi!! Saya ingin mempelajari sebanyak mungkin di sana tentang adat dan budaya mereka juga tentang sistem pelajaran mereka. Saya juga ingin melihat dan mengalami sendiri cara kehidupan mereka sambil \membina jambatan persahabatan baru bersama murid-murid di sana. Pasti menarik! |
![]() Hello!:D Nama saya siti syahirah bte abdul razak atau lebih dikenali sebagai syahirah sahaja. Saya berasa sungguh tidak sabar hendak ke Purbalingga! Pasti banyak pengalaman yang dapat diraih dan banyak benda baru yang dapat dipelajari disana. Yang pasti,saya ingin belajar bagaimana hendak bertutur bahasa Indonesia dan membuat kawan baru apabila di sana(: |
![]() Hi! Nama saya Ahmad Tirmuzi Bin Mazlan. Panggil sahaja Tirmuzi. Hobi saya ialah bermain bola sepak dan permainan komputer. Saya berharap lawatan ke Purbalingga ini merupakan sesuatu pengalaman yang tidak akan saya lupakan kerana ini adalah pertama kali saya akan ke Indonesia. Saya juga berharap lawatan ini akan memberi pendedahan pada diri saya tentang budaya dan kehidupan di sana. Semoga kami tiba di Purbalingga dan pulang ke Singapura dengan selamatnya. |
![]() Cak! Saya Siti Umairah, lebih dikenali sebagai Umairah ! Saya berharap dapat lebih mengenali aspek budaya orang-orang Indonesia sepanjang hari-hari saya di Purbalingga!;D Saya amat menanti-nantikan lawatan ke sekolah di Purbalingga dengan harapan dapat mencari teman-teman di sana. Jumpa anda di sana! |
Jengok-jengok
- website sekolah BPGHS - multiply - website emas Masa Silam
+ Keratan Akhbar BPGHS di SMP N1 Purbalingga + Renungan. + Renungan + HELLO ! + Lirik Lagu Bahasaku. + Mesej. + sesi pre-trip briefing + tick tock tick... + PERHATIAN!! + Peringatan: Briefing Archive
+ October 2008 + November 2008 + December 2008 Muat Turunkan
Purbalingga Itinerary Packing List
Gamelan Music Notes Terima Kasih
Blog diusahakan oleh: Amirul Ashraf, Farhanah & Syafiq Banner diusahakan oleh: Fadhilah, Fazleen & Suhaina T-shirt diusahakan oleh: Fazleen & Umairah. Gambar-gambar diusahakan oleh: Safiah A accidentalityproductions Inspiration from DancingSheep & BONBON:D |
luahan isi hati |
HARI - HARIKamidisana ;D
Ahmad
NurAisyah
AmirulA
AmirulZ
SitiAisyah
Azlin
Diyanah
Farhana
Farhanah
Fadhilah
Fazleen
Iqbal
Izyan
Khairool
Nabilah
Nadiah
Sabrina
Safiah
Saufy
Sufy
Syafiq
Shahirah
Syahirah
Tirmuzi
Umairah
|
|
NUR AISYAH Hello Indonesia! Akhirnya sampai juga kami di Purbalingga dengan selamat. Alhamdulillah! Perjalanan menaiki kapal terbang berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit ‘turbulence’ sewaktu di udara akibat cuaca yang kurang baik. Saya amat gembira sekali mendapat peluang ini untuk berdarmawisata ke negara asing. Tetapi terasa sedihnya meninggalkan tanahair, berada berjahuan dengan keluarga dan teman-teman yang tersayang di Singapura. Setibanya kami di lapangan terbang Bandara Adi Sumarmo Solo, kami disambut oleh Pak Wasis dan 2 tour guides. Bermulalah perjalanan kami yang memakan masa sekitar 4 jam dengan menaiki bas Parawisata. The journey was long, with winding and bumpy roads full of potholes and sharp bends in the mountainous areas. Nak tidur pun susah! Some of us got travel-sickness while on the bus, got spinning headaches and painful butts from sitting for long durations on our perky derrières. (More of which i shall relate to you guys in the next few entries...) We stopped by at Bu Mayar’s Eating House along the way for dinner. Nice food, power ayam goreng!!! Seriously. I think it’s the worms and bugs that the village chickens eat everyday that adds oomph into their tempura fried chicken. The flesh was a little brown, unlike our Singaporean white-fleshed, caged up and unhappy farm chicken. There was also a traditional Indonesian dish called ‘Gudek’. At first glance, it looks like beef with a smattering of greenish-yellow fungus. Eeew! On a closer look, it’s nangka masak lemak! Nangka has a beef-like texture suitable for vegetarians, though it lacks the chewy factor and the sapiness of beef. For those a little lost, beef=sapi. I didn’t know that either. J I can’t really remember what else we had, memandangkan i’m now back at home already and trying to recall itsy-bitsy details is tough stuff. I brought my camera along, but i don’t like taking pictures. Gidgy gadgets leave me zonked and i always worry that i’ll lose them. But not to worry, my super tech savvy friends have plenty, plenty of pics to go around. Right? J Good food, happy people! After dinner, we performed our prayers and headed back into the bus all ready to go. Or so we thought. We got quite restless in the bus after having enough sleep and began singing Indopop songs and some others on the bus. Sesudah lama berada di dalam perjalanan, kami berhenti sebentar untuk melawati salah satu daripada tujuh keajaiban dunia, iaitu Candi Borobudur yang merupakan Warisan Budaya Dunia Nombor 592. We were so excited to visit one of the Seven Wonders of the World! Everyone was craning their necks to see the stupas when the guide told us that we could see it from afar while we were still on the way there. The fact that this immense Buddhist Temple nine storeys high was built in the 7th Century when there was no form of technology at all and wholly built by hand is enough to make us stand in awe. How they hauled the 1600000 volcanic stones atop each other to put together the temple leaves me at wits’ end. wah, so cliché! But really, they must have be really smart and yes of course, possess extraordinary strength! The weather was fine and i felt very thankful for this opportunity to travel and go places where i used to only be able to see in pictures or documentaries. It felt real and so amazing to be there, basking in all the glory of an ancient wonder. Some Buddha sculptures were headless, maybe due to the earthquake that had partially destroyed the monument. Streets peddlers swarmed us with their goods, touting them shamelessly even though we kindly refused. I can sense the desperation of these people, earning a living in this way. I cannot help but pity them. But one particularly enterprising person caught my attention. While we were taking a group photo at the foot of the monument, he took some pictures of us too and by the time we were on our way back, he presented us with our photo already nicely printed and bearing the date of our trip at the base of the photograph. It was put in an envelope with a picture of the temple in front. Laris terjual! Only about SG$2.50. Touristy price! But he should have printed more cos many people wanted it too. Then we resumed our journey to Purbalingga where SMP N1 staff, foster parents and students were patiently awaiting our arrival. Sedih seh i lost one of my Jibbits in the bus & my TIME magazine. Baru first day! When we finally reached SMP N1 Purbalingga (Spenzaga! It’s just one of the cool singkatans Indonesians like to use for berjela-jela names. There are tonnnssss of acronyms there for every single thing i tell you.) at 10.30 SG time, we were received by the entire school and the Police and the press. Haha! Mcm selebrity gitu eh. sekali-sekala tak apalah. Who doesn’t enjoy celebrity treatment once in a while? Kami disambut dengan begitu meriah sekali. Saya diketemukan dengan keluarga angkat say dan adik bernama Anindha. Comel orangnya, senang diajak bual. J She is the younger of two girls and her sister’s away at university, so it looks like it’s just gonna be the two of us. A change from my own family of seven back home where everyone’s jostling for attention. We had some food and then headed home for the first time. They live in a village called Mewek, which means Crying in Bahasa Indonesia. I didn’t manage to unpack as i was too tired from the whole day’s activities, so i had a bath and slept like a baby. Come to think of it i didn’t unpack at all. Practically lived out of a suitcase. What a lazy bum! I left the lights on because i was sleeping alone in hers sister’s room and i was told that there was a graveyard down the road. Spooky..!!! |
AMIRUL ASHRAF Hari pertama: 29 November 08 Hari ini merupakan hari keberangkatan kami ke Purbalingga! Walaupun saya sudah menaiki pesawat beberapa kali sebelum ini, perasaan ghairah tetap dapat dirasai. Setibanya di Lapangan Terbang Solo, terdapat beberapa guru-guru dari SMP N1 Purbalingga (SPENZAGA) yang sedang menanti ketibaan kami. Di dalam bas pula, kami diceritakan tentang sejarah Indonesia dan tempat-tempat yang kami lalui. Setelah makan tengahari, kami pun meneruskan perjalanan ke Candi Borobudur yang maish berdiri walaupun sudah beribu-ribu tahun dibina. Kami terpegun melihat ukiran-ukiran di temboknya yang berjalin-jalin. Suasana di sekelilingnya yang nyaman lagi indah membuat kami terus dibuai khayalan. Kami pun meneruskan lagi 3 jam perjalanan di bas untuk ke Purbalingga, Kota Perwira. Kami seolah-olah merupakan tetamu terhormat. Kedatangan kami disambut dengan gah. Saya berasa amat gembira kerana tidak semua orang mendapat sambutan sebesar ini! Hari kedua: 30 November 08 Selepas sarapan di rumah, saya dan Zuhry pun terus ke sekolah untuk berkumpul dengan yang lain. Hari ini kami akan ke Limbasari di mana kami akan diajar mencucuk padi dan bermain lumpur! Perjalanan ke desa Limbasari selok-belok dan ada juga yang curam seperti menaiki rollercoaster! Setibanya kami di sana, kami diajar mencucuk padi. Apa lagi? Main lumpur lah! Sampai ada yang terjatuh ke lumpur dan digelar COMOT! Selepas itu kami bermandi-manda di sungai yang berdekatan. Setelah itu, kami pun menukar pakaian dan berehat sebentar sebelum ke sebuah rumah kecil untuk melihat cara batik dibuat. Kami pun makan tengahari dahulu sebelum pulang. Makanan yang dihidangkan semuanya merupakan lauk-pauk kampung yang enak banget! Dari sekolah, saya dan Zuhry pulang menaiki beca. Hari ketiga: 1 Disember 08 Hari ini adalah hari pertama saya memasuki kelas di sekolah SPENZAGA. Semasa waktu perhimpunannya, kami disuruh mengenalkan diri satu-persatu kepada sekolah di sana. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kelas yang mungkin terpilih untuk ke hadapan untuk bersalaman dengan kami. Saya berasa amat terharu dengan sambutannya. Kemudian, kami diletakkan ke kelas masing-masing dan saya diletakkan di kelas 9A. Keadaannya amat berbeza sekali dengan di BPGHS. Walaupun kelasnya riuh-rendah, cikgunya tidak memarahi kecuali jika ia terlalu bising. Saya berasa kagum dengan pelajar-pelajar SPENZAGA kerana walaupun kelas mereka panas, mereka tidak pun mengadu, malahan, tetap sambung belajar dengan tekun. Pada waktu malamnya, saya dan Zuhry sekeluarga ke bandar untuk makan Mi Bakso yang rasanya amat enak! YUMMY! Saya masih mengingati rasa mi tersebut. Kami pun berpusing-pusing di sekeliling bandar sebelum pulang rumah. Hari keempat: 2 Disember 08 Hari ini merupakan kali pertama saya ke sekolah berbasikal. Walaupun sering dihon oleh kenderaan-kenderaan lain, saya tidak menghiraukannya dan menaiki basikal tersebut dengan lebih berhati-hati. Di sekolah, saya pun mengikuti pelajaran di kelas 9A. Semasa subjek Bahasa Indonesia, kami ditugaskan membuat puisi secara berkumpulan. Bagi pelajaran Matematik pula, kami diberi ujian mengenai topik ‘probability’. Walaupun ujiannya dalam bahasa Indonesia dan kami tidak memahami soalannya, kami tetap membuat ujian tersebut. Selepas makan tengahari, kami pun bermain bola keranjang bersama sekolah SPENZAGA. Walaupun kami kalah dalam pertarungan tersebut, kami tetap gembira kerana dapat mengenali lebih ramai teman dari sekolah itu. Bagi makan malam, Zuhry telah pun membeli Soto. Walaupun Soto di sana berbeza dengan di Singapura, ia juga amat ENAK!! Hari kelima: 3 Disember 08 Hari ini kami ke sebuah kampung yang khas membuat ‘claypot’. Kami pun diajar membuat buatan-buatan di sana dan saya mampu membuat sebuah bekas kecil dengan pertolongan seorang pekerja di sana. Malangnya, saya tidak dapat membawanya pulang kerana ia belum lagi dibakar. Selepas itu, kami ke rumah General Soederman dan makan tengahari di situ. Selepas itu, kami langsung ke sekolah sebelum ke Pendopo untuk memeriksa suara bagi persembahan kami keesokan harinya. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Owabong. Walaupun masanya singkat, saya tetap gembira kerana akhirnya dapat bermain air di Owabong. Hari keenam: 4 Disember 08 Hari ini kami belajar proses membuat sapu. Saya terkejut apabila mendapat tahu prosesnya amat payah dan memerlukan banyak tenaga manusia. Di sana, saya juga ditemu ramah oleh wartawan televisyen nasional secara spontan. Selepas itu, kami pun ke tempat membuat barangan-barangan kayu seperti senduk memasak dan pelbagai lagi. Kami juga ke tempat membuat makanan Nopia iaitu kuih-kuih yang khas di Purbalingga. Ia amat garing dan juga enak! Kami pulang ke sekolah untuk makan tengahari sebelum pulang ke rumah untuk interaksi terakhir bersama keluarga angkat kami. Sebelum ke sekolah petang itu, kami telah pun bertukar hadiah dan bersalaman. Setibanya di sekolah, kami pun bersiap-siap untuk persembahan kami. Kemudian, kami ke Pendopo. Walaupun rasa berat gementar, kami tetap memberi persembahannya yang terbaik. Kami bermalam di chalet di Owabong pada malam itu. Hari ketujuh: 5 Disember 08 Selepas bersiap sedia awal hari ini, kami pun ke SPENZAGA untuk upacara seterusnya. Kami disuruh bersalam dengan semua pelajar-pelajar di sekolah itu sebelum menaiki bas. Walau bagaimanapun, kami sering di suruh bergambar dengan mereka seumpama artis popular. Setibanya di bas, kami terus meneruskan perjalanan ke malioboro walaupun ada di antara kami yang terus menangis tidak dapat melupakan teman-teman mereka di SPENZAGA. Kami berhenti di sebuah masjid di antara dua gunung untuk solat jumaat. Selepas itu, kami pun mengambil gambar suasana di atas bukit itu yang tenang lagi nyaman. Selepas beberapa minit di sana, kami meneruskan perjalanan kami ke Malioboro untuk membeli-belah. Selepas beberapa jam duduk di dalam bas, kami akhirnya tiba di Malioboro. Alangkah gembira dapat membeli belah di sana. Pelbagai cenderahati yang dibeli untuk keluarga tersayang di Singapura. Walaupun masa yang diberi ialah satu jam setengah, ia terbukti tidak mencukupi kerana ramai yang tiba lewat di bas. Kami terus ke hotel yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Solo supaya lebih cepat untuk berangkat keesokan harinya. Hari kelapan: 6 Disember 08 Hari ini merupakan hari lahir saya! Setelah bangun awal-awal lagi untuk sarapan di hotel tersebut, kami pun bercakap-cakap dan melihat suasana di sawah yang bersebelahan dengan hotel tersebut. Tiba-tiba, kami diberitahu untuk bersiap-siap kerana akan membeli belah kerana ramai telah mengadu belum lagi cukup membeli cenderahati. Oleh itu, kami pun ke sebuah tempat yang berdekatan dengan Kraton. Selepas itu, kami langsung ke hotel untuk mengabil bagasi dan terus ke Lapangan Terbang Solo untuk menaiki pesawat pulang. Dalam pesawat, Cikgu Sazali pun memberitahu yang lain bahawa hari tersebut merupakan hari lahir saya dan teman-teman saya semuanya menyanyikan lagu hari jadi bagi saya. Saya berasa amat terharu dan juga mendapat sebuah hadiah oleh syarikat Silk Air. Walaupun kami rindu akan teman-teman di SPENZAGA, saya yakin kami akan bertemu lagi pada lain masa. |
SITI AISYAH Hari pertama (29 November 2008) Pagi tadi, semua murid-murid dan guru-guru yang terlibat berkumpul di lapangan terbang Changi jam 8 pagi. Setelah segala persiapan dan pemeriksaan di lakukan, kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapa dan keluarga masing-masing. Tentunya perasaan sedih itu ada tetapi saya juga rasa tidak sabar untuk ke Indonesia. Yeah!!! Akhirnya!!! Dapat juga saya menaiki kapal terbang buat pertama kalinya! Saya berasa sungguh gembira lebih-lebih lagi apabila dapat melihat awan-awan putih. Walaupun cuaca tidak begitu baik, kami selamat tiba di Solo, Indonesia. Selepas itu, kami makan tengahari di sebuah restoran. Enak sungguh lauk-pauknya. Selepas menunaikan solat, kami menaiki bas dan meneruskan perjalanan ke Borobudur. Pemandangan di Borobudur amat menakjubkan. Banyak gambar yang telah saya petik di sana. Kemudian, perjalanan ke Purbalingga di diteruskan. Perjalanan tersebut mengambil kira-kira 4 jam. Sampai sahaja di SMP N1 purbalingga, kami disambut dengan meriah sekali oleh para pelajar, guru-guru dan juga ibu bapa angkat. Selepas acara penyerahan murid-murid kepada ibubapa angkat dilakukan, kami pun makan malam. Saya dan Izyan tinggal serumah. Kemudian kami pun pulang ke rumah mereka. Rumahnya agak besar. Ibubapa angkat kami (Pak Rakhyono dan isterinya) juga baik-baik belaka. Mereka mempunyai 3 anak: Hannum (iaitu ‘buddy’ kami), Yuan dan yang paling kecil dan comel Mayes. Hannum berusia 13 tahun, Yuan berusia 8 tahun dan Mayes berumur 3 tahun. Hari kedua (30 November 2008) Pada pagi hari ini, saya dan Izyan mencuba satu makanan yang dipanggil ‘Mendoan’. Mendoan adalah tempe yang digoreng dengan tepung. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi. Selepas sarapan pagi, kami berkumpul di sekolah dan dan kemudiannya ke sawah padi. Di sawah padi, kami belajar cara-cara menanam padi. Semua murid-murid Bukit Panjang Government High School (BPGHS) telah turun untuk mencuba menanam padi. Tentunya kami semua ghairah untuk mencubanya kerana kami tidak dapat mencubanya di Singapura. Rasa-rasanya kami semua lebih gembira kerana dapat bermain lumpur. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang baru, dan unik bagi kami. Selepas itu, kami ke sungai yang berdekatan untuk membersihkan diri daripada lumpur. Ramai yang berasa gembira dapat bermandi-manda di sungai yang dingin airnya. Selepas itu, kami belajar cara-cara melukis batik. Ada pula yang berpeluang untuk mencuba melukis corak batik. Selepas makan tengahari, kami pun pulang ke rumah. Di rumah, saya dan Izyan berbual-berbual dengan keluarga angkat kami dan berkenalan dengan mereka dengan lebih rapat. Kemudian kami mengunjungi saudara-mara Hannum yang tinggal di rumah bersebelahan dengan rumahnya. Mereka baik-baik belaka dan budi bahasa mereka amatlah tinggi. Hari ketiga (1 Disember 2008) Hari ini merupakan hari pertama kami ke sekolah SMP N1. Di sekolah, ada upacara penerimaan peserta twinning programme. Kami diperkenalkan kepada seluruh sekolah dalam upacara pagi itu. Selepas itu, kami dibahagi-bahagikan kepada kelas masing-masing. Saya, bersama dengan Nadiah, Diyanah, Aisyah, Sufy, Saufy dan Tirmuzi dimasukkan ke kelas IV (9) B. Di dalam kelas Bahasa Indonesia, kami duduk di dalam kelompok dan ditugaskan untuk membuat sebuah puisi, sajak dan sebagainya. Di dalam kelas matematika kami belajar tentang ‘peluang’ atau lebih dikenali sebagai probability di Singapura. Agak sukar untuk saya fahami pelajaran tersebut kerana ia diajar dalam bahasa Indonesia, berlainan daripada di Singapura. Di Singapura, kebanyakan kelas pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris. Kelas fisika yang kami hadiri juga menarik. Selepas waktu sekolah,kami berkunjung ke industri Karangbanjar, Royal Korindah dan Bimac. Kami ke industri rambut palsu, bulu mata dan juga produk-produk yang dibuat daripada ceramik seperi tabung. Lucu apabila melihat beberapa murid BPGHS dan SMP N1 menggayakan rambut-rambut palsu. Kami juga dapati bahawa proses pembuatan bulu mata itu sebenarnya amatlah sukar dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Selepas pulang ke rumah, kami singgah ke kedai bakso. Enak sungguh rasa bakso! Selepas itu, kami sekeluarga ke Purwokerto untuk menonton wayang. Kami menonton filem ‘Laskar Pelangi’. Ceritanya menarik tetapi agak sedih. Hari keempat (2 Disember 2008) Hari ini merupakan hari kedua dan terakhir kami masuk dan duduk dalam kelas masing-masing. Di dalam kelas Matematika, murid-murid 9B dikehendaki untuk menduduki kertas ujian. Di dalam kelas Bahasa Indonesia, kami dikehendaki menyanyikan puisi yang telah kami tulis. Saya, bersama Saufy, Fatma dan Novi telah menyanyikan puisi tentang sahabat dengan menggunakan lagu Puspa oleh St 12, sebuah kumpulan daripada Indonesia. Di dalam kelas Sejarah juga murid-murid dikehendaki untuk menduduki kertas ujian. Murid-murid daripada BPGHS juga digalakkan untuk mencuba menyelesaikannya. Di dalam kelas Agama pula, kami belajar tentang Haji. Di Singapura, kelas agama itu tidak termasuk dalam sekolah biasa. Tetapi, topik Haji itu telah saya pelajari di kelas Madrasah. Di kelas Biologi, kami belajar tentang ‘Nerve’ atau saraf. Topik ini belum lagi saya pelajari di sekolah di Singapura. Oleh kerana hari ini merupakan hari terakhir kami bersama kelas, kami pun mengambil foto sekelas. Selepas sekolah, kami ada perlawanan bola keranjang bersama murid-murid SMP N1. Saya berasa gembira kerana dapat membuat beberapa jaringan. Saya juga berasa sungguh gembira dan bangga walaupun kami hanya menang satu perlawanan sahaja. Pada pendapat saya, apa yang lebih penting adalah pengalaman dan persahabatan yang terjalin daripada aktiviti tersebut. Pulang daripada sekolah, saya dan Izyan mencuba makanan ringan yang dipanggil ‘Leker’. Untuk kulitnya, ramuan adunan mungkin terdiri daripada telur, tepung gandum, susu, gula, dan air. Doh ini dituangkan ke dalam kuali kecil yang telah dipanaskan untuk membuat kulit leker. Setelah cukup masak, potongan-potongan kecil pisang, coklat tabur, gula pasir, dan kacang akan dibubuh. Tetapi ada pelbagai intinya selain apa yang telah saya rasa. Enak sungguh rasanya!!! Hari kelima ( 3 Disember 2008) Pada pagi hari ini, kami telah ke tempat barang-barangan yang diperbuat daripada ‘clay’ atau tanah liat. Contoh-contoh barangan yang boleh diperbuat oleh bahan tersebut adalah kuali, pinggan, teko dan pasu bunga. Ada juga murid-murid dan guru-guru yang cuba untuk membuatnya. Selepas itu, kami pulang ke sekolah dan membuat persiapan untuk malam budaya. Kami menjalani sesi latihan untuk Gamelan, Tarian Mak Inang Cina dan Puisi. Kami juga berpeluang untuk melihat persembahan yang akan dipentaskan oleh mereka pada malam budaya. Selepas itu, kami ke owabong!!!! Owabong merupakan kependekan dari Objek Wisata Air Bojongsari. Waktu yang kami nanti-nantikan pun tiba. Tetapi, sesampainya kami di sana, hujan turun dengan agak lebat. Walau bagaimanapun, kami tetap dapat berenang walaupun hanya untuk waktu yang singkat. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Pada malam itu, Hannum dan beberapa rakan-rakannya ada kerja kelompok di rumah Hannum. Mereka juga datang bersama ‘buddy’ mereka daripada BPGHS. Adik Hannum, Mayes yang comel dan pintar itu, belajar bagaimana untuk memetik gambar pada malam itu!!! Hari keenam (4 Disember 2008) Hari ini, kami telah pergi ke Industri Kerajinan Sapu Glagah. Tempatnya di sebelah rumah Hannum. Kami belajar cara-cara membuat sapu dan barangan-barangan yang digunakan. Ada juga yang mencuba untuk membuat sapu. Beberapa rakan daripada BPGHS dan SMP N1 (termasuk Izyan dan Hannum) di temubual (interview) untuk rakaman dokumentari. Selepas itu, kami berkunjung ke industri ‘Nopia Asli’. Katanya Rasa Nopia itu tidak sedikit pun berubah dari dahulu. Ada pelbagai rasa Nopia. Selepas membeli beberapa bungkus Nopia, kami pun pulang ke rumah. Kami bersiap untuk persembahan pada malam budaya. Pada pendapat saya, persembahan pada malam itu agak bagus dan saya berasa gembira dan bersyukur kerana kami diberi peluang untuk melakukan persembahan. Malam ini merupakan malam terakhir dan malam perpisahan dengan keluarga angkat masing-masing. Saya berasa amat sedih kerana mereka semuanya baik-baik orangnya. Pada malam ini, kami menginap di Owabong Cottage. Hari ketujuh (5 Disember 2008) Pada pagi hari ini, selepas sarapan pagi, kami berangkat ke SMP N1 buat terakhir kalinya untuk upacara perpisahan. Kami berjabat tangan dengan semua murid-murid dan guru-guru di SMP N1 purbalingga. Ramai yang menitiskan air mata dan mengucapkan terima kasih. Saya dan Izyan juga mengucapkan selamat tinggal kepada Hannum tetapi kami tetap akan terus berkomunikasi sesama sendiri. Pada petang hari ini, kami telah ke Malioboro untuk membeli-belah. Banyak sungguh barang-barangan yang kami beli walaupun waktu yang diberikan amatlah pendek kerana kami sudah kesuntukan masa. Selepas itu, kami pun berangkat ke Solo dan makan malam di restoran Bu Mayar. Malam itu, kami bermalam di hotel Narita. Hari kelapan (6 Disember 2008) Hari ini merupakan hari terakhir kami di Indonesia. Oleh kerana ada yang bersungut kerana waktu untuk membeli-belah hari sebelumnya amat pendek, Cikgu Sazali bercadang kita pergi membeli-belah di Solo dahulu sebelum ke lapangan terbang. Selepas bersarapan, kami pun pergi membeli-belah lagi. Selepas itu, kami kembali ke hotel untuk mengambil bagasi dan bag sebelum ke lapangan terbang. Tidak lama kemudian kami pun tiba di Singapura dan berjumpa dengan keluarga tercinta. Walaupun rasa sedih itu ada untuk meninggalkan Indonesia, saya rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai program pertukaran pelajar ini. Saya juga berasa gembira dapat berkenalan dengan ramai rakan-rakan baru. Saya berharap kami tetap dapat berkomunikasi bersama mereka dan bertemu mereka lagi di masa hadapan. |
FAZLEEN 29 November 08 Kami singgah ke candi Borobudur yang terletak di Magelang. Struktur dan ukiran-ukiran yang terdapat di dinding candi itu amat menarik sekali. Saya sempat menaiki ke puncak untuk bergambar bersama teman-teman dan menikmati permandangan yang cukup indah. Setelah itu, kami semua meneruskan perjalan ke Purbalingga yang memakan masa hampir 4 jam. Walaupun letih, saya tidak dapat melelapkan mata semasa berada di dalam bas kerana rakan-rakan yang lain menyanyi dan berseloroh. Akhirnya, kami sampai juga ke Purbalingga! Alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu bahawa pihak polis telah dikerah untuk memastikan keselamatan kami. Kedatangan kami disambut dengan mesra. Pada saat itu, saya berasa amat bersyukur sekali kerana diberi peluang untuk menyertai program pertukaran pelajar ini. Selama beberapa hari di sini saya akan menetap dengan keluarga Wina. Pada mulanya, saya berasa kekok kerana tidak faham dan susah untuk berkomunikasi dengan keluarga. 30November 08 Hari ini kami telah ke Limbasari. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke dalam lumpur sawah padi. Setelah itu kami melihat proses membuat batik. Makan tengah hari yang disajikan tidak pernah saya merasa kecuali tempe goreng. Kebanyakkan lauk pauk mengandungi sayur-sayuran jadi saya hanya mencuba ikan pepes. 1 December 08 Perasaan gugup, gementar dan juga ghairah berkecamuk kerana hari ini, saya akan mengikuti kelas di SMP N1. secara kebetulan, murid-murid kelas 9D ada ulangan Matematik. Walaupun tidak mahir dalam subjek Matematik, saya menduduki ulangan itu sahaja. Biasalah, mahu cuba-cuba. Akhirnya, saya mendapat 13 markah. Kami diuji tentang topik statistik. Geli hati kerana walaupun tidak faham sangat apa yang disoal, saya boleh mendapat jawapan. Heehee :D Selepas Matematik adalah subjek Geografi. Pada mulanya, saya menghadapi kesulitan memahami arahan-arahan guru tetapi dengan bantuan rakan sekelas, saya dapat mengikuti pelajaran dengan lebih mudah. Sebenarnya, saya tidak begitu minat dengan mata pelajaran Geografi tetapi cara subjek ini diajar amat menyeronokkan. Setelah aktiviti di sekolah tamat, kami melawati industri rambut dan bulu mata palsu. Saya tidak berkesempatan untuk membeli bulu mata palsu tapi tidak mengapa. Saya membeli produk keramik untuk dibawa pulang ke Singapura. Ibu angkat saya tidak masak hari ini jadi kami semua makan di warong. Ayam goreng yang disajikan enak sekali dan teringat saya akan Nasi Ayam Penyet. 2 December 08 Hari terakhir kami akan mengikuti pelajaran di SMP N1. Saya diberi latihan ulangan Matematik dan menduduki ulangan bagi subjek Teknologi Informasi dan Komunikasi. Setelah itu kami menyertai permainan basket antara pelajar-pelajar Singapura dan SMP N1. Pelajar-pelajar SMP N1 yang bermain semuanya hebat-hebat. Saya terpaksa berhenti dan berehat kerana mengalami kesesakan nafas dan sakit dada. Apabila di rumah, saya terus berehat kerana terlalu penat. 3 December 08 Kami mengunjungi kerajinan gerabah Wanogara. Setelah itu, kami ke pendopor untuk membuat persiapan bagi Malam Budaya. Owabong! Rasa seperti tidak puas kerana kami diberi masa yang agak pendek. Tambahan pula, hujan turun dengan lebatnya. Kami dapat menikmati kesegaran mata air hanya sekejap sahaja. 4 December 08 Wisata ke industri sapu glagah dan makanan Nopia Asli. Saya berpeluang untuk mempelajari cara pembuatan makanan Nopia Asli dan menikmati ais krim. Rasa ais krim lain sekali dengan ais krim yang ada di Singapura. Malam Budaya pula dipenuhi dengan acara-acara oleh pelajar-pelajar Singapura dan pelajar-pelajar SMP N1. Itulah pertama kali saya membuat persembahan tarian Melayu di khalayak ramai. Saya berasa amat gementar kerana takut terlupa. Persembahan kami berjalan dengan agak lancar. Saya berasa agak sedih juga kerana sudah berpisah dengan keluarga angkat. Mereka telah banyak mengajar saya tentang kehidupan di Indonesia. 5 December 08 Kami berkumpul di SMP N1 untuk mengucapkan salam perpisahan. Saya berasa berat hati dan sedih sekali, sehingga mengalirkan air mata. Semoga kami akan terus saling kekal berhubungan. Membeli belah di Malioboro. Kami hanya diberi 1 ½ jam, tidak sempat untuk melihat semua barang-barang yang dijual di sana. Kebanyakkan yang dijual adalah produk batik. Malam ini saya menetap di Hotel Nurita bersama Syahirah. Kami menonton Spiderman di televisyen sebelum tidur hehe. 6 December 08 Berangkat ke Singapura. Saya tidak sabar untuk pulang ke pangkuan keluarga. Sudah seminggu tidak bertemu. Ingin saya berkongsi pengalaman dan cerita dengan ahli keluarga. Oh ya, selamat hari jadi kepada Amirul! :D |
29 November 2008 The journey to Solo City on the airplane was exciting because it was the first time I travelled with my friends and teachers on an air flight. The bus ride to Purbalingga took so many hours that I didn’t bother counting, haha. From Solo City, we visited Borobudur. I went there once when I was younger. It still remains the same, I must say. My friends and I snapped a couple of pictures and we went back onto the bus to continue the journey to Purbalingga. I was amazed by how we were welcomed by the residents of Purbalingga. It was like the whole of Purbalingga knew we were going to come and we were even escorted by the Police. There were people with their motorbikes lined-up, waiting for our arrival. Seriously, I felt like a total ROCKSTAR! Hahaha. It was very sweet of them to have organized a dinner where the handing over of the delegates from Singapore to the foster parents occurred. They made it so official that it made me and the rest feel very appreciated. When Aisyah and I were introduced to our foster parents, we were glad. They looked very friendly and we were relieved to be appointed to the same house. 30 November 2008 Limbahsari was our first stop today. They had a small plot of land especially for us to plant the padi. Planting the padi and playing with mud was lots of fun but we ended up stepping on the padi we planted. HAHA! Then we washed ourselves in this river, which you could white-water raft in! The water was so cold that Saufy was shivering! After all the washing and playing with the water, we went to see Batik Painting. It was nice. The residents had great skills and the batik they painted ended up looking fabulous. Some of the students drew their design on the cloth and the residents would paint them. I hope it turns out nice. All of us were pretty much tired and worn out. We then headed home and and Aisyah and I had a chat with our parents about the difference in the education system between Indonesia and Singapore. Definitely, the standard of education is better in Singapore. But I guess Indonesia is a country which is still progressing, so they can still improve themselves. Anyway, I think it’s great that my foster dad can speak English because he can explain some Indonesian terms that we don’t understand. 1 December 2008 Today we joined the fellow SMP N1 Purbalingga kids in their classroom. All the lessons were conducted in Bahasa Indonesia. It was quite confusing at first because I have not attended a lesson in their language. What more, Mathematics! Hahaha. But the teacher was very nice and he tried making conversations with us. All of the students of class IX A were very helpful as well as sporting. Some friendly ones talked to us. We also followed their Physics lesson. As o non-Physics student. It was a good experience to be learning Physics in SMP N1 Purbalingga. We learned about Lorentz and some of the Bpians were called out to do an experiment . It’s nice to know that the students and teachers try their best to help us get comfortable in their school. After that, we went to a few industries which produced wigs, fake eye lashes and ceramics. Looking at the people doing their jobs, I feel kind of lucky. I mean, Singaporeans never want to do jobs of such low class unless there’s no other way to earn money. When we went home, our foster parents took us out to a town called Purwokerto to watch the movie called Laskar Pelangi. The ticket price was so cheap! It was 11,00 Rp, ehich is like less than 2 dollars! I think it was good that Aisyah and I got to go out with our family. 2 December 2008 Today will be the last time we attend the lesson in SMP N1. In Bahasa Indonesia class, BPians were separated and put into groups of 4, so that we would interact with the students. At first, my group members didn’t know what to write but then I suggested that we sing Imran Ajmain’s song, Malu. MALU Dari tarian jari-jemari Engkau kelihatan gementar Aku perhati dari tadi Gerangan siapakah yang engkau menunggu? Inginku dekati dirimu Tapi diriku belum mampu Getar hati debar tidak terkata Renungan mata buatku gelisah Semakin aku mahu bertemu denganmu Makin hanya ku puji dari jauh Kerna ku malu. After school,we had the long awaited basketballmatch. It rocked! The Indonesians were so good but we were good also (: Aisyah and I were so tired after that, that we slept through the rest of the day without bathing! 3 December 2008 We went to the poultry making in the morning. I tried making a pot but it didn’t work out, haha. Then I bought a wok for my mum. I hope she likes it. After that, we went back to school for lunch then we proceeded to the Bupati’s place and rehearsed for our performance for tomorrow. It wasn’t enough but I guess it was good enough that we at least had a rehearsal before the real thing. Then it was off to Owabong! But it rained ): and we had little time to swim ): Although we had little time, it was enjoyable. We went back home and had sate! Our buddy, Hannum had a project to do with her friends. So some of our friends cam over. Aisyah, Fadhilah, Safiah and Khairool, they chatted with our parents. 4 December 2008 First off, we took photo with our classmates of IX A. I’m really going to miss them. Then we went off to the broom-making session which was just next to our house in Mewek.Wow, I didn’t know that making a broom took so much effort, Seriously, I think the people here are so hardworking. I guess if I were to be born here, I would have to work hard just to support my family. I feel so lucky that I was born in Singapore and my mum is able to afford my expenses. I don’t think I can work as hard as the Indonesians. That’s for sure. Then we went to the Nopiah-making session. Again, the condition of the workplace was to me , unbearable. U guess the people here can’t ask for more so they have to just accept it. After we went home, Aisyah and I got ready for our performance later. We exchanged gifts with our parents and it was so hard to say goodbye. Im’ really going to miss them. Ibu, bapak, Hannum, Yuan and Mayes. They’re already a part of me. Then it was off to the performance. Ithink it all went well except for GPA which was a bit soft. BUT GAMELAN ROCKED! 5 December 2008 The bubur ayam for breakfast was nice (: The new went off to school for our last goodbye. Oh boy, we had to shake hands with the whole school! I bet even superstars don’t get to do that. HAHAHAHAHA. Sme took pictures and I hugged Hannum more than threetimes. I can’t believe I cried! But really, I’m going to miss Purbalingga. The people here are so damn nice! Haiz ): Then we went to Malioboro to shop. ONE AND A HALF HOUR ONLY?! NOT ENOUGH. So much stuff, haha. Luckily I bought a bag to put all the stuff that I bought in. We then had dinner and checked in the hotel. IT’S NICE! Hahaha. And cooling, oh air-con, how much I miss you! 6 December 2008 TODAY IS THE LAST DAY! I can’t believe that it has been a week. I’ve learned so much in such little time. Now I feel like staying in Indonesia! Haha! Okay, I know, I must think global but STAY LOCAL!! Hahaha. I can’t wait for the plane ride and I can’t wait for SINGAPORE AND MY FAMILY! (: I hope we can go for another twinning programme in the future. I really enjoyed myself. |
KHAIROOL Sabtu, 29 November 2008 Berada di atas pesawat dan melihat dunia daripada atas membuat kita lihat betapa kecil sebenarnya kita di dunia ini. Manusia sebenarnya insan kecil yang tidak memiliki apa-apa. Yang membezakan betapa kecil dan besar kita adalah jasa, bakti, ilmu dan taqwa kita kepada Tuhan. Di bumi asing, kita mempelajari kehidupan orang di sekelilingnya. Persekitaran membentuk pemikiran. Persekitaran membentuk sikap dan tingkah-laku kita. Persekitaran yang santai menjadikan seseorang itu santai. Persekitaran yang laju di Singapura membuat kita biasanya kurang bersabar. Yang menarik perhatian adalah senyuman yang sentiasa terukir di wajah mereka. Di Brobodor, kawasan yang dahulunya merupakan tempat ibadah telah kehilangan unsure spiritualnya. Roh yang seharusnya berada di rumah-rumah ibadah telah hilang kerana kedatangan manusia yang terlalu ramai dan kurang menghormati tempat tersebut. Kedengaran suara orang terpekik-pekik seolah-olah ia hanyalah sebuah pusat membeli-belah. Gadis-gadis juga tidak ketinggalan dengan bergerak tergedik-gedik dan bersuara dengan kuat. Brobodor hanya tinggal bangunan yang kelihatan indah. Ia kelihatan seperti tempat berkelah. Aku kecewa. Mungkin yang menginap di ceruk Brobodor ialah jin Buddha yang telah murtad. Ahad, 30 November 2008 Aku bangun daripada tidur dengan digigit nyamuk. Bajuku basah kuyup seperti aku baru sahaja selesai bermain bola sepak. Aku solat Subuh di masjid. Imam tidak membaca Doa Qunut. Selepas solat, tidak ada dibaca zikir-zikir atau doa-doa seperti yang dilakukan di Singapura. Mungkin pengaruh Wahabbi atau Muhammadiyah telah menyelinap ke dalam amalan agama mereka. Aku perlu selidik. Melihat proses sawah padi membuatku menghargai setiap butiran nasi yang hanya dapat dimakan setelah melalui beberapa proses yang rumit. Aku teringat puisi Masuri S.N. yang agak terkenal, Ini Nasi yang Kusuap. Jadi yang kumakan bukan berasal dari nasi tapi peluh, darah, dalam isi mengalir pasti jadi kutelan bukan berasal dari padi tapi dari urat dari nadi seluruh pak tani Ini Nasi yang Kusuap, Masuri S.N. Segala yang aku lihat telah diungkapkan dalam puisi ini. Tak perlu aku jelaskan lebih lanjut. Masa lapang yang ada membuatku teringatkan Kota Singa. Aku tak berapa suka makanan di rumah keluarga ‘asuh’ku. Mungkin aku cerewet. Aku terasa seolah-olah mempunyai banyak masa lapang di sini. Aku hanya tidur dan menonton televisyen. Di Singapura, aku memang jarang sekali menonton televisyen. Bosan. Aku teringat puisi yang aku tulis tahun lalu. Aku berjalan-jalan kiri kanan kanan kiri kiri kanan kembali kanan kiri aku tak tahu hendak ke mana lagi kerana kebosanan telah menyelinap kanan kiri kiri kanan kanan kiri kiri kanan rebah jatuh mati. Isnin, 1 Disember 2008 Aku ke sekolah mereka untuk mengikuti pelajaran. Aku terpegun dengan rasa hormat yang mereka beri. Aku diminta untuk memberi ucapan sebagai wakil pelajar. Ah, bila bahagian ini… semua tolak aku. Tak mengapa. Aku tak tahu apa yang perlu aku katakan. Aku hanya mengucapkan terima kasih dan semoga ilmu kami meningkat dengan pengalaman yang dikongsi bersama. Setiap bangsa itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Oleh itu, kita harus belajar bersama dalam usaha kearah kesejahteraan. Di kelas, guru di sana meluangkan masa untuk berbicara bersama kami. Aku dapati bahawa pengajaran di kelas agak santai. Aku bertukar-tukar fikiran bersama guru di sana dan berkongsi mengenai sistem pelajaran di Singapura. Aku dapati bahawa jika dibandingkan dengan sistem pelajaran di sini, sistem pelajaran di Singapura agak kompleks. Kami ke kilang membuat rambut palsu. Aku kurang minat dengan rambut palsu kerana setahu aku, Islam melarang kita menyambung rambut dan memakai rambut palsu. Bila pulang ke rumah, kebosanan datang lagi. Aku disuruh mengimami solat Isyak di rumah. Tekakku berlendir. Aku baca sahaja. Selepas solat, aku dilemparkan dengan puji-pujian. Aku tak begitu tertarik kerana sebenarnya aku berasa mengantuk. Kemudian, ibu Mas Hendra menyuruhku membaca awal surah Al-Baqarah. Dia tanya jika aku telah menghafal surah Yasin. Aku jawab tidak. Aku mula buka Quran. Kemudian tiba-tiba ibu mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merakam bacaanku. Aku kurang selesa. Namun, aku baca sahaja. Dia merakam bacaanku. Beberapa minit kemudian, kawannya menelefonnya. Dia sempat menceritakan mengenaiku dan bacaanku yang tak seberapa. Selasa, 2 Disember 2008 Dua hari di sekolah mereka ternyata tidak mencukupi. Di sekolah, aku banyak berbual dengan murid mereka. Mereka amat ramah dan senang diajak berbual. Guru-guru mereka juga amat ramah. Ramai yang telah mengenaliku kerana aku telah memberi ucapan semalam. Ramai juga pelajar yang meminta alamat email dan nombor telefon. Aku tak berasa janggal walaupun uniform kami berbeza. Aku sempat berbual mengenai agama dengan guru mereka. Di kelas, apabila ditanya jika aku mengenali wali songo. Para murid bersorak setelah aku mengatakan ya. Aku dapati mereka amat bangga dengan Wali Songo yang menyebarkan agama Islam di Nusantara. Aku amat tertarik dengan kelas agama mereka. Pak Pardi berbual mengenai pengganasan. Pada masa yang sama, dia berbual mengenai keruntuhan akhlaq di Bali. Yang patut dibunuh bukan orangnya. Yang patut dibunuh adalah akhlaq dan moral yang jatuh. Untuk membunuh akhlaq tersebut, seorang pendakwah memerlukan hikmah seperti para Wali Songo. Kata-katanya mengingatkan diriku untuk berhikmah dalam penulisanku yang biasanya mengandungi unsur dakwah. Setelah pulang, aku mengajak Mas Hendra ke kedai buku. Aku memboncengnya sementara dia membawa motor. Kedai buku yang kami pergi tidak begitu besar. Aku hanya memberi sebuah buku. Kemudian, kami ke cyber café. Aku menggunakan internet. Sempat bersapa dengan beberapa teman di Singapura. Aku rindu Kota Singa. Rabu, 3 Disember 2008 Kami ke Owabong. Di Owabong, hujan turun dengan lebat. Mungkin ini rahmat daripada Tuhan. Airnya dingin, aku tak tahan. Sebelum aku sakit, aku berhenti. Aku mendapati bahawa aku senang berbual dengan murid menengah tiga di sini. Ramai yang ingat aku ini budak alim yang lurus sekali. Tapi, sebenarnya aku juga boleh jadi gila-gila. Ini memudahkan aku berkomunikasi bersama mereka. Aku juga manusia biasa. Khamis, 4 Disember 2008 Hari ini hari persembahan. Ini akan menjadi kali pertama aku membacakan puisi aku di luar negara. Puisi aku memang pernah diulas oleh seorang penulis Indonesia. Namun, aku tak begitu yakin dengan puisi yang akan aku baca nanti kerana aku menyelesaikan menulisnya pada saat-saat akhir. Aku berasa amat gementar tatkala membaca puisi aku. Aku dapat rasakan bahawa para penonton tidak begitu faham akan apa yang aku baca. Aku tak boleh salahkan mereka. Pertama terdapat halangan untuk memahaminya kerana perbezaan bahasa. Kedua, terdapat halangan untuk memahaminya kerana isi puisi aku yang agak berat. Tapi, aku baca sahaja. Mujur ada teman yang sudi membacanya bersamaku. Alhamdulillah. Puisi aku selesai dibaca. Aku berpuas hati walaupun aku tahu banyak lagi yang boleh dipertingkatkan. Aku mengucapkan salam terakhir kepada keluarga ‘asuh’ku. Sebenarnya aku berasa amat lega. Aku terasa begitu bosan sepanjang penginapan di rumah. Aku tidak ke mana-mana kecuali ke masjid, sebuah toko buku, sebuah cyber café dan sebuah kedai makan tepi jalan. Mungkin nasibku begitu. Kini ia telah berakhir. Di Owabong, aku sempat berbual dengan pegawai keselamatan di sana. Kami berbual mengenai sesuatu yang dekat dengan diriku iaitu hantu, jin dan perkara-perkara mistik. Aku bertanya sekiranya ada apa-apa kejadian misteri di sini pada waktu malam. Dia mengatakan tempat ini sudah dibersihkan oleh beberapa orang sebelum ia dibina. Namun, semasa pembinaan Owabong, mereka telah menggunakan dynamite untuk meletupkan bangunan lama. Yang aneh, satu bahagian tidak dapat diletupkan tanpa mempunyai apa-apa sebab. Aku tak begitu terkejut. Mungkin tempat itu berpenghuni. Pegawai keselamat itu amat ramah. Kami berbual-bual sambil mengelilingi kawasan Owabong. Malam Jumaat ku tak rasa takut kerana malam itu malam mulia mustajab doa. Hantu ada setiap hari di mana-mana termasuk di bawah katil atas pokok dalam almari. Yang memanggilnya ialah manusia. Jumaat, 5 Disember 2008 Aku disuruh menulis dan membaca sebuah puisi buat pengetua sekolah. Aku tak begitu kenal pengetua sekolah. Aku hanya bersalaman dengannya beberapa kali. Namun, daripada wajahnya, dia kelihatan seperti seseorang yang berfikiran jauh. Mindanya seolah-olah berfikir setiap kali. Dia juga seseorang yang rendah diri. Orangnya kelihatan tawadhu’ dan penyabar. Aku menulis puisi satu jam sebelum kami berangkat ke sekolah buat upacara terakhir. Aku membaca puisi tersebut di hadapan seluruh sekolah. Kemudian, kami bersalaman dengan setiap murid dan guru di sekolah tersebut. Penat. Tapi, ia satu penghargaan. Di sini, aku rasa amat dihargai. Aku meninggalkan tempat ini tanpa rasa menyesal akan keputusanku untuk datang. Di sini, pengaruh Muhammadiyah memang kuat. Di sana sini, terdapat sekolah Muhammadiyah. Solat Jumaat mereka juga agak berbeza. Namun, perbezaannya hanya kecil sahaja. Aku mempunyai pandangan sendiri mengenai Muhammadiyah. Tapi, pengaruh Muhammadiyah telah berjaya mengikis unsur-unsur syirik dalam budaya orang Jawa seperti memuju roh-roh dan sebagainya. Aku suka bagaimana diadakan masjid-masjid yang kecil di sini. Jarak antara masjid dan rumah tidak begitu jauh dan ini membolehkan kita bersolat jemaah dengan mudah. Hanya mungkin ini agak payah untuk dibuat di Singapura kerana kami masyarakat berbilang bangsa dan agama serta tanah amat terhad. Di Malioboro, aku didatangi banyak pengemis. Mujur terdapat banyak kepingan kertas wang satu da dua ripu rupiah untuk aku berikan kepada mereka. Aku teringat bahawa di dunia ini kami semua adalah pengemis. Kami mengemis keredhaan-Nya. Kami hanyalah hamba yang tak memiliki apa-apa. Hanya, aku terfikir mengapa mereka perlu mengemis sedangkan mereka boleh berniaga kecil-kecilan di kawasan Malioboro tersebut. Mungkin, dengan mengemis, mereka boleh mendapatkan wang yang lebih lumayan. Aku tak pasti. Aku menghabiskan sekitar satu juta rupiah dalam sehari. Aku membeli kira-kira sepuluh buah buku. Aku sempat membeli buku versi Indonesia seorang penulis Singapura yang merupakan pembimbingku. Namun, masa agak singkat. Aku tak sempat mencari buku yang aku mahu. Aku hanya ambil sahaja buku yang menarik perhatian dalam masa lima belas minit. Yang penting, aku mempunyai hadiah buat keluargaku. Aku tidur dengan lena malam itu. Selendang yang dipuput bayu telah terlorot bayu tak lagi meniup membawa pesanan yang sudah basi. Sabtu, 6 Disember 2008 Hari terakhir. Selamat tinggal Purbalingga. Selamat tinggal Jawa Tengah Selamat tinggal Djojakarta. Selamat tinggal Solo. Selamat tinggal Indonesia. Perjalananku ke sini sebenarnya tidaklah semudah yang disangkakan. Aku terpaksa menghantar email kerana pada awalnya aku tak dipilih. Mujur aku menghantar email tersebut. Aku tak menyesal kerana menghantar email bernada protes itu. Aku menjumpai hikmah di balik tanah yang dipijak. Rahsia itu akan dijadikan bekalan buat penerus perjalanan. Seterusnya aku akan menulis sebuah cerpen berlatarkan Purbalingga. Aku berminat mengkaji mengenai cara para Wali Songo mengembangkan Islam. Aku perlu menyelesaikan beberapa tugas dahulu. Andai kita tak bertemu lagi di sini, biar kita bersapa kembali di taman firdausi. |
29/11/2008 Hari yang sentiasa meninggalkan kesan di hati. Buat pertama kali dapat menaiki pesawat, juga pertama kali saya melihat Mount Merapi dan pertama kali saya menyaksikan keagungan Borobudur. Pengalaman semasa di Borobudur adalah sesuatu yang menghantui kesengsaraan kehidupan. Ia nyata walaupun di tempat yang agung seperti Borobudur. Bagai hamba yang bersujud di kaki raja. - Done and seen stuff which i never thought i would. Life’s tough and scary which is what i learnt from today. But still, i think tact and innovation would help make a change. Think out of the box, another thing i learnt. 30/11/2008 Menanam padi di sawah, sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Saya tidak tahan geli dengan biji-biji dalam lumpur tu. Saya cuba jauhkan diri daripada mereka yang sedang mencoret-coret muka dengan lumpur lalu belajar bagaimana mahu menanam padi dari Iqbal. Ambil sedikit, cucuk dengan ibu jari. Setelah itu, kita berendam dan saya basah kuyup sepanjang jalan kerana tidak membawa baju untuk tukar. Setelah melihat kerajinan batik, kita semua pulang. - I found out what KNALPOT is . Did you? (: It has something to do with the huge bronze statue of a man at the middle of the junction. Batik and sawah padi was new and refreshing. 01/12/2008 Kelas di sekola SMP N1 PURBALINGGA amat berbeza dari BPGHS. Terutama sekali suasana dalam kelas yang riuh dan menghiburkan disebabkan hubungan guru sama murid yang saling berborak. Lawatan ke industri perngahsilan rambut palsu agak lucu. Saya sedar bahawa negara yang dikatakan gah seperti America dan Japan tetap bergantung kepada negara yang lebih berkurangan dalam segi kemajuan. Keluarga angkat saya mengingatkan saya akan keistimewaan kasih sayang dengan kelakuan mereka antara satu sama lain. Seluruh keluarga turut ikut ke stesen keretapi di Purwokerto untuk menghantar kak Ariyah walaupun dia sudah menjangkau umur dua puluhan. - Jokes and laughter makes a classroom better. Everyone has a purpose. Without workers, the queen bee may survive, but possibly not as well. The fear of showing concern is what breaks bonds. Jokes: Burung mana yang pertama sampai ke bulan? : Burungnya neil armstrong. Mengapa ayam jantan tutup mata masa berkokok? : Dialognya semua sudah dihafal. 02/12/2008 Hari ini merupakan hari terakhir kami mengikuti pelajaran di SMP N1 PURBALINGGA. Saya mengikuti ulangan matematik bersama rakan sekelas yang lain. Markah yang didapati 65/100. Tidak setaraf langsung dengan yang lain. Saya menyedari bahawa pelajaran dahulu harus selalu diulangkaji. Hari ini juga pertandingan basketball diadakan di antara kami dan pelajar Indonesia. Akhirnya pelajar SMP N1 digelarkan juara setelah empat pertandingan kecil. Cara teman-teman SMP N1 bermain basketball amat kasar sekali. Jari tengah saya jadi bengkak dan siku saya sakit gara-gara ditarik. Mungkin memang anak-anak Singapura dibesarkan dengan cara tidak berkasar. Kadang-kala sehinggakan diambil kesempatan kerana tidak berani menyatakan perasaan diri. (: Kami juga melihat latihan silat yang berlangsung sebelum pulang bersama teman yang lain. - Practice makes perfect. Maybe thats why we suck at silat and basketball. (: okay, not suck, just not as good. 03/12/2008 Owabong! Malangnya sampai sahaja di owabong, hujan pun turun. Owabong adalah singkatan dari ‘Objek Wisata Bojongsari’. Saya, Aisyah, Farhana dan Fadhilah yang pertama untuk menyalinkan pakaian. Kami basah kuyup dalam hujan, bukan dalan air.hahah. Kami dapati yang lain sedang berehat di pondok sambil menunggukan hujan reda. Masa di Owabong amat meyeronokkan. Walaupun singkat. Kami hanya diberikan dua jam untuk bersuka ria di sana. Disebabkan hujan, sorot-sorot tidak dibenarkan dinaiki. Saya amat terhibur dengan cara kebanyakkan warga Indonesia yang teramat baik dan berbudi. Tidak seperti orang-orang Singapura yang rata-rata tidak suka berbual dengan orang yang tidak dikenali dan susah untuk diajak berteman. Sering ada yang mengesyak orang tidak tentu tempat. Inilah yang saya suka BANGET tentang orang-orang di PURBALINGGA..... (: Kami juga ke kerajinan Grabah Wanogara. Saya mengambil kesempatan untuk mencuba mengahasilkan karya sendiri. Saya bersimpati terhadap mereka yang bertitik peluh menghasilkan karya yang dijual pada harga yang teramat rendah. - Alot of crap for life’s smallest pleasures. 04/12/2008 Pagi ini kami ke kerajinan Sapu Galah, Nopia Asli dan industry di mana tempurung kelapa dibentuk. Nopia Asli telah diturunkan dari tangan ke tangan buat tiga generasi. Malam ini merupakan malam yang amat bermakna bagi diriku. Persembahan di balai rakyat menampilkan kelebihan yang ada pada setiap pelajar dan juga guru. Saya sangat berpuas hati kerana kerja keras kami semasa latihan lebih tiga hari seminggu telah membawa hasil yang lumayan. Semuanya berjalan dengan lancar. Saya berbangga dapat menunjukkan keupayaan kami semua dengan Gpa, gamelan dan tarian. Juga deklemasi sajak. Saya amat terhibur sekali melihat tarian Jawa yang tidak pernah saya menyaksikan. MACAM NAK DIRI AND IKOT JOGET AH. Saya juga suka dengan acara cikgu Manaf yang dengan cara spontan memanggil tiga daripada kami untuk ikut menari bersamanya. Upacara malam ini menunjukkan bahawa kerjasama di antara dua pihak yang saling berkomunikasi akan membuahkan sesuatu yang amat menyenangkan. - Hardwork brings about accomplishment. |
SAUFY Sabtu, 29 November 08 Setelah lebih kurang satu setengah jam penerbangan daripada Singapura ke Solo, kami akhirnya tiba di lapangan terbang Adi Sumarmo dengan selamatnya. Setelah mendapatkan bagasi-bagasi masing-masing dan tanpa berlengah-lengah lagi, kami pun terus ke Candi Borobudur, antara tempat tarikan pelancong yang terkenal di sana. Kami begitu kagum melihat kecantikan Candi Borobudur yang memukau dengan pemandangan pergunungan di belakangnya. Kami tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk memetik seberapa banyak gambar untuk dibuat kenangan kerana keindahan tempat tersebeut sememangnya tiada di Singapura. Ahad, 30 November 08 Aturcara hari ini ialah melawat sawah. Kami begitu ghairah sekali kerana ini merupakan pengalaman pertama untuk kami semua. Kami berpeluang melihat asal usul nasi yang menjadi santapan harian namun tidak tahu bagaimana rupa dan bentuk asalnya iaitu padi. Walaupun berasa begitu geli pada mulanya, saya terus terjun ke dalam sawah itu setelah melihat rakan-rakan lain berseronok menanam padi. Gerek! Kalau sudah dikatakan budak-budak, hampir semua diselimuti lumpur sejurus sahaja selepas menjejak kaki ke dalam sawah kerana disakat rakan-rakan lain. Ada-ada sahaja! Setelah selesai, kami pun melabuhkan punggung di sebatang sungai berdekatan untuk membersihkan diri. Airnya yang dingin juga menghanyutkan segala penat lelah kami. Isnin, 1 Disember 08 Hari minggu sudah berlalu. Tiba masanya untuk menghadiri sekolah. Pada waktu perhimpunan, kami memperkenalkan diri masing-masing di hadapan seluruh pelajar-pelajar SMP N1 Purbalingga. Upacara penyambutan kami, siswa-siswa dari Singapura, begitu gah dan meriah sekali dan jauh sekali berbeza berbanding upacara penyambutan mereka di sini. Kami berasa begitu kecil sekali. Selepas dibahagikan kepada beberapa kelas, kami pun mengikuti pelajara seharian mereka. (Bosan!) Selasa, 2 Disember 08 Hari seperti biasa kami mengikuti pelajaran seharian di SPENZAGA. Namun keseronokannya bermula selepas tamat sekolah. Kami mengadakan pertarungan persahabatan bola keranjang bersama pria-pria dan cewek-cewek di sana. Tidak hairanlah kalau hampir kesemua perlawanan kami tewas kerana siswa-siswa Singapura rata-ratanya kecil berbanding dengan pelajar-pelajar di sana! Tetapi kami harus mengucapkan syabas kepada pasukan perempuan Singapura kerana memenangi perlawanan mereka. Sekurang-kurangnya, kami kalah dengan harga diri! Hahaha... Rabu, 3 Disember 08 Yay! Tidak payah ke sekolah lagi. Oleh itu, kami dibawa melihat perindustrian pembuatan ‘clay’ di sana. Kami dijemput untuk mencuba membuat hiasan-hiasan ‘clay’ dan ia merupakan pengalaman yang membuka mata. Pusing punya pusing, kepala pun naik pusing! Begitu susah sekali untuk menyiapkan hiasan ‘clay’ yang kelihatan begitu senang dilakukan oleh pekerja di sana. Tidak mahu pulang dengan tangan kosong, sesetengah oleh kami membeli hiasan-hiasan ‘clay’ sebagai oleh-oleh untuk dibawa pulang ke tanah air. Destinasi seterusnya? Owabong! Namun, malang tidak berbau. Hujan turun dengan lebatnya setibanya kami di sana. Kami harus menunggu untuk seketika sebelum diberi lampu hijau untuk terjun ke dalam kolam renang. Walaupun masa yang diberikan singkat, kami tetap berseronok. Khamis, 4 Disember08 Setelah memutar-mutar melihat perindustrian pemakanan pada sebelah paginya, kami pun pulang untuk mempersiapkan diri untuk persembahan gamelan kami di hadapan bupati Purbalingga. Inilah saat yang dinanti-nantikan dan diharap-harapkan. Untuk mempamerkan bakat kami bermain alat-alat gamelan yang asalnya dari Jawa Tengah. Dengan semangat yang berkobar-kobar dan dengan mengenakan pakaian tradisional Melayu, kami pun mempersembahkan persemahan gamelan kami yang telah sekian lama kami latih dengan gigih dengan penuh gah. Akhirnya, segala penat lelah dan kerja keras kami berbaloi juga kerana tepukan gemuruh yang kami terima merupakan petanda bahawa persembahan kami cukup mengkagumkan. Terasa bangga sekali! Jumaat, 5 Disember 08 Masanya untuk mengucapkan selamat tinggal. Sedihnya! Pelajar-pelajar SMP N1 Purbalingga membuat satu barisan daripada tempat perhimpunan sehinggalah ke bas kami hanya unyuk bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal. Sungguh mengharukan. Ada yang menangis kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan sahabat-sahabat baru di sana. Namun begitu, tangisan mereka tidak bertahan lama kerana destinasi seterusnya ialah Malioboro! Kami membeli-belah sehingga mabuk di sana. Harga barang-barangan di sana murah banget! Sabtu, 6 Disember 08 Hari terakhir kami berada di Indonesia. Masa berlalu begitu cepat jika kita berseronok dan bergembira. Hati terasa begitu berat untuk meninggalkan negeri yang sungguh tenang dan aman ini. Sudah tiba masanya untuk pulang ke pangkuan keluarga tersayang. |
SUFY Sabtu, 29 November 08 Ghairah sekali dapat naik kapal terbang. Maklumlah, pengalaman pertama. Best giler. Terutama sekali waktu ‘takeoff’. Rasanya tidak sabar untuk menyelami program pertukaran pelajar. Pasti ia akan menjadi suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.. Setibanya di Solo, rombongan kami berpeluang mengunjungi salah satu keajaiban dunia. Candi Borobudur. Kagum sekali dengan seni reka bentunya. Tambah lagi dengan udara yang nyaman dan pemandangan yang sungguh menakjubkan sekali. Selepas itu, kami berangkat ke Purbalingga. Perjalanan bas selama empat jam. Boleh naik mabuk! Setibanya di Purbalingga, rasanya seperti tetamu VIP. Siap dengan polis escort lagi. Lumayan. Malam itu juga, kami diserahkan kepada ibu bapa angkat kami. Ahad, 30 November 08 Hari ini kami ke sawah. Pengalaman pertama (LAGI!). Gerek sey! Sawah padi yang luas dilatarbelakangkan gunung-ganang yang tinggi. Fuyo! Di sawah kami dapat mencuba menuai padi. Agak payah juga. Selalunya kami tidak peduli aka asal usul beras yang menjadi makanan harian kita. Oleh itu, ia suatu pengalaman yang membuka mata saya. Selepas itu, kami dibawa ke sebatang sungai yang berdekatan untuk membersihkan segala lumpuh-lumpuh di pakaian kami. Seronok banget. Airnya sejuk. Kami juga memetik sebuah gambar beramai-ramai dengan kain rentang di sungai itu. Buat kenangan terindah! Aktiviti seterusnya ialah seni lukisan batik. Kami belajar cara-cara membuat corak-corak batik. Terpegun melihat kehalusan seni orang-orang Purbalinnga Isnin, 1 Disember 08 Pada pukul enam setengah (sana dah terang), saya bersama buddy saya bertolak ke sekolah. SMP N1 Purbalingga (SPENZAGA). Kami mengenalikan diri masing-masing ketika upacara perhimpunan mereka. Kami rasa amat terharu kerana siswa-siswa di sana menerima kami dengan tangan terbuka. Kami mengikuti pelajaran mereka. Amat berbeda sekali dengan system pelajaran di Singapura. Contohnya, mereka belajar subjek Fizika tahap ‘O’ Level. Boleh tahan maju juga mereka. Tetapi apa yang saya dapati, bilik darjah mereka tiada kipas angin. Begitu juga dengan rumah mereka. Nampaknya, semua kepanasan lah.Kami juga berpeluang belajar Bahasa Indonesia. Pelajaran agama juga disertai dalam jadual harian mereka. Dah jadi macam madrasah pulak. . Sepeda = basikal Tas = beg Es = ais Jeruk = oren Bis = bas Sapi = lembu Selasa, 2 Disember 08 Selepas sekolah, kami melibatkan diri dalam aktiviti ekstra-kurikulur mereka iaitu bola keranjang. Ataupun dipanggil di sana bola basket. Perlawan antara BPGHS dan SPENZAGA begitu sengit. Pasukan lelaki dikalahkan teruk tetapi nasib pasukan perempuan menang. Jika tidak, malu sey. Mereka amat licik sekali bermain bermain bola basket. Penat juga mengejar mereka. Walaupun kami ditewaskan oleh mereka, kami tetap berasa seronok dan terhibur. Sejurus itu, kami melihat pencak silat yang dipersembahkan oleh mereka. Rabu, 3 Disember 08 Pagi-pagi lagi kami dah bersiap sedia untuk ke Rembang. Satu jam perjalanan dari Purbalingga. Jalan nya agak simpang-siur naik gunung. Kami melawati perindustrian Clay Home. Dapat mencuba membuat clay. Pengalaman pertama (LAGI!). Setelah beberapa jam di sana, kami pun ke Owabong. Water-theme park. Semua dah tak sabar lah tu. Setibanya di sana, kami terus melunjur ke pintu gerbang Owabong. Malang tidak berbau. Hujan lebat mula turun. Nasib kita. Apa nak buat. Terlepas peluang kami untuk mencuba go-kart. Namun, kami meneruskan niat kami untuk berendam dalam kolam renang. Jadilah walaupun hujan turun dengan lebat. Dalam keseronokan bermain, kami sudah dipanggil untuk pulang. Sudah tentu ramai yang mengeluh kerana masa yang diperuntukan di Owabong terlalu singkat. Haiz…malam ini juga merupakan malam terakhir di rumah angkat kami. Khamis, 4 Disember 08 Kami melawati Purbingga Industry” Kerajinan Sapu Glagah. Di sana , kami berpeluang melihat proses-proses pembuatan penyapu. Secara peribadi, saya tidak sangka betapa rumitnya proses-proses membuat sapu. Bermacam-macam jenis penyapu yang boleh dihasilkan. Besar.Kecil.Panjang.Pendek.Tebal.Tipis. Semua ada. Semua dihasilkan dengan tangan. Bayangkan betapa lama untuk menghasilkan satu penyapu. Selepas itu, kami mengujungi Tradisional Food Industry” Nopia Asli”. Setibanya di sana, kami dikenalkan kepada pelbagai macam kuih-muih tradisional. Semuanya sedap belaka dan dibuat dengan tangan. Mulalah kami shopping kuih-muih untuk dibawa pulang ke Singapura. Selepas itu, kami dibenarkan pulang untuk mengemas beg-beg kami sebelum bersiap sedia untuk persembahan kami malamini. Saat itulah kami mengambil peluang untuk memberi cenderahati kepada keluarga angkat kerana telah menjaga makan minum kami selama lima hari, sempat juga memetik gambar bersama keluarga angkat sebangan kenangan teindah. Malam pun tiba. Inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu. Persembahan gamelan, tarian dan GPA. kami tidak sabar untuk mempamerkan persembahan kami setelah berbulan-bulan berlatih. Ghairah berbaur gementar. Sebelum persembahan, kami mengalami kegenjotan kecil. Alat gendhang tidak cukup. Mulanya memanglah cemas. Kami terpaksa membawa gendhang dari SPENZAGA ke Pendopo Dipokoesoemo. Dekat jer kira-kira lima minit. Namun, persembahan semuanya berjalan dengan lancar. Berbaloi semua latihan kami. Tidak sia-sia langsung. Persembahan tarian dan GPA pun berjalan dengan lancar walaupun kelam-kabut sedikit apabila hendak menukar pakaian persembahan. Malam ini juga boleh dikatakan malam yang paling seronok. Malam ini juga malam perpisahan. Kami terpaksa berpisah dengan keluarga angkat kami. Ada juga yang menitiskan air mata. Malam ini kami menginap di chalet Owabong. Malam ini kami semua sudah penat sangat tapi cikgu beri arahan untuk habiskan renungan-renungan. Nampaknya, semua tulis renungan tersenggok-senggokla tu. Jumaat, 5 Disember 08 Pagi-pagi lagi kami bertolak ke Yogyakarta. Perjalanan empat jam. Dua jam dalam perjalanan, kami berhenti di sebuah masjid yang terletak di lereng gunung. Pemandangannya sungguh menakjubkan. Sejuk pula tu. Nyaman sekali. Kami juga berhenti di sebuah padang yang luas untuk memetik gambar. Terpegun melihat gunung-ganang begitu dekat sekali dengan kami. Setibanya di Yogyakarta, kami ke malioboro street untuk membeli-belah. Bermacam-macam yang kami beli. Baju batik. Kain batik. Oleh-oleh. Naik seronok juga tawar-menawar dengan penjual di sana. Masa yang diperuntukkan hanya satu setengah jam. Tentulah singkat. Terkejar-kejar kami membeli barang. Sempat juga yang membeli ice-cream dan KFC. Da rindu makanan segera la tu. Setelah puas membeli-belah, kami bertolak ke sebuah hotel di Solo untuk bermalam di sana. Sabtu, 6 Disember Paginya, kami sempat membeli belah untuk last-minute shopping. Itupun hanya 45 minit. Selepas itu, kami bertolak ke lapangan terbang Solo. Sedih untuk meninggalkan tanah Indonesia yang telah menjadi rumah kami selama lapan hari. Sedih untuk meninggalkan rakan –rakan yang telah saya temui. Mungkin satu saat nanti kami dapat berjumpa lagi, ya? |
SYAFIQ Sabtu, 29 november 08 Akhirnya, kami semua selamat tiba di Purbalingga setelah perjalanan yang hampir mengabil masa setengah hari. Malah, tidak sia-sia mengambil masa untuk singgah ke Borobudur. Sungguh megah candi tersebut. Permandangannya membuat sesiapa yang melihatnya terpegun. Udaranya di puncak candi itu nyaman sekali dan tiupan angina sejuk menyentuh kulit. Petikan gambar berterusan untuk dibuatkan kenangan abadi setelah pulang ke tanah air nanti. Apabila tiba di SMP N-1 Purbalingga, sambutannya begitu meriah sekali. Kami diiringi pegawai polis dan didendangkan lagu ketika makan malam. Rasa macam ‘Superstar’. Ahad, 30 november 08 Hari ini kami berpeluang untuk menanam padi di sawah. Pada mulanya geli hendak masuk ke sawah yang terletak di Limbasari, terletak jauh dari Purbalingga. Tetapi tidak rugi apabila menjejak masuk ke dalam sawah pula. Seronok sekali !Yang paling lucu, Farhana boleh pula jatuh terbaring semasa menanam padi. Habis, dilumuri lumpur dia. Kemudian kam bersihkan diri di sungai dan airnya sejuk bangat ! Sesejuk mana pun, seronok dapat mandi air sungai. Di Singapura, mana ada sungai untuk kita bermandi-manda. Ada Sungai Singapura pun, macam boleh mandi gitu. Kemudian kami menyaksi pembuatan kain batik. Lawa kain batik mereka. Setelah pulang, ibu bapa angkat saya mengajak saya dan teman serumah saya, Amirul memancing di kolam ikan mereka yang hanya terletak di belakang rumah. Dapat dua ikan sebelum joran saya belah dua. Panik dibuatnya. Menggelabah teruk saya. Ikan yang kami berdua tangkap dipanggang. Sedap giler ! Malam itu, kami dibawa ke Alun-Alun, pusat Purbalingga. Saya diberitahu bahawa di kiri Kabupaten Purbalingga adalah penjara dan di kanannya pula Masjid Agung kerana kalau berbuat baik, akan ke kanan dan masuk syurga yang diwakili Masjid Agung. Lalu, kalau berbuat jahat, ke kirilah dan masuk neraka atau penjara. Itu merupakan salah satu prinsip hidup orang Jawa. Isnin, 1 disember 08 Hari ini bermulanya Kelas Belajar Mengajar atau pendeknya KBM. Kelas dimulakan dengan pelajaran Matematika, cakap Indon. Rupanya, apa yang diajar pernah kami pelajari semasa Menengah dua iaitu “probability”. Jadi, tidak terngiang-ngiang sangat mengikuti kelas tersebut. Kemudian kelas Fisika dan kami diajar Gaya Lorentz atau ‘Lorentz force’. Kelas Geografi pula kami diberi peluang untuk menjawab pertanyaan Bu Endang. Banyak yang dipelajari dari kelas tersebut mengenai Singapura dan Asia Tenggara dan Amerika Syarikat yang kami dahulunya sendiri tidak tahu. Jadi, banyak ilmu pengetahuan yang ditimba. Kemudian kami melihat perindustrian membuat rambut palsu, bulu mata palsu dan barang- barang tembikar. Selesa, 2 disember 08 Alamak! Hari ini ada ujian Matematik terencak dan saya langsung tidak belajar. Terngiang-ngiang semasa membuat ujian itu... kalau tidak tahu, teka saja.Selepas itu kelas Inggeris dan Agama. Kami belajar mengenai ibadah Haji. Petangnya, ada kegiatan ekstrakurikuler, di mana ada pertandingan bola keranjang diantara pelajar BPGHS dan pelajar Spenzaga, nama samaran SMP N-1 Purbalingga. Kami kalah juga, maklumlah budak-budak yang tidak begitu mahir dalam permainan bola keranjang. Kemudian ada pertunjukan pencak silat dan kami sempat latih berlatih main alat-alat muzik gamelan. Hari itu seronok juga. Walaupun kalah dalam pertandingan bola keranjang, saya puas dan gembira dapat bermain walaupun di samping itu, kaki dan siku tercedera. Rabu, 3 disember 08 Hari ini banyak melihat perindustrian di Purbalingga. Saya dapat melihat pembuatan peralatan dapur yang diperbuat dari tanah liat. Seluruh proses dibuat dengan tangan dan cara tradisional. Kemudian, kami sempat menyinggah ke rumah Jeneral Soedirman, Hari ini juga hari yang dinanti-nantikan kerana akhirnya kami akan pergi ke Owabong. Puas kalau dapat berendam selepas lama terdedah kepada cuaca yang panas itu. Alangkah berkurang nasik baik kami, hujan mula turun dengan lebat. Hendak berenang pun hanya untuk seketika. Hendak main GO- Kart pun tidak ada kesempatan. -Maths Test, I’ve got 50/100. I passed :] -Today’s the last day at Widi’s House :[ Khamis, 4 disember 08 Hari ini pula kami pergi melihat proses membuat peyapu. Bermacam bentuk dan warna penyapu sekarang ini ya. Selepas itu, kami dapat menyaksi proses membuat kuih tradisional Purbalingga, kuih nopia. Sedap kuihnya, jadi saya beli dua untuk dibawa pulang dengan saya. Setibanya di rumah Widi, saya kemaskan bagasi kerana malam itu saya akan bermalaman di Owabong Cottage. Tapi sebelum ke Owabong Cottage, kami akan membuat persembahan di Pendopo Kabupaten Purbalingga dan majlis itu akan dihadiri dengan ramai orang-orang berpangkat dan tetamu-tetamu terhormat. Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar dan persembahan kami amat memuaskan. Tambahan lagi, ibu bapa angkay saya menghadiahkan saya sebuah patung wayang kulit yang bergelar Yudisara. Akhirnya, tiba di Owabong Cottage dan beramai-ramai begini seronok sekali. Jumaat, 5 disember 08 Penginapan kami di Purbalingga berakhir hari ini. Perpisahan dengan SMP N-1 Purbalingga amat menyedihkan dan membuat emosi bergelora tetapi sekali gus saya gembira dan berasa senang kerana telah banyak mewujudkan persahabatan dengan para pelajar di sekolah tersebut. Pengalaman di sekolah itu tentunya dekat di hati dan tidak akan say lupakan. Rasa macam tidak cukup masa untuk bergaul dan berbual dengan pelajar-pelajar di sana. Kemudian, kami menuju ke Jogyakarta kerana ingin membeli- belah sepuas-puasnya di Jalan Malioboro, yang terkenal dengan penjualan barang- barangnya yang murah dan beraneka macam. Waktu diberikan untuk membeli-belah pada pendapat saya tidak mencukupi. Tidak puas membeli- belah. Walau apapun, saya tetap puas dengan pembelian saya. Sabtu, 6 disember 08 Sudah sampai masanya untuk pulang ke tanah air. Saya telah banyak memperolehi manfaat dari Prgram Pertukaran Pelajar dan banyak ilmu pengetahuan ditimba. Persahabatan baru dengan pelajar Spenzaga juga diwujudkan dan harap berpanjangan. Hari ini juga sempat berbelanja lagi sekali. Banyak yang ingin dibeli, tetapi kocek dah kering. Sudah habis wang saya semua di Jogya. Walau bagaimanapun, pengalaman itu lebih penting daripada oleh-oleh. Tidak sabar untuk jumpa keluarga tersayang di Singapura nanti. -Today’s Amirul Ashraf’s birthday too ! :] |
Siti Syahirah Bte Abdul Razak(: 29 November 2008 Hari ini begitu memenatkan sekali kerana masa perjalanan amatlah lama. Tetapi, kenangan menaiki pesawat buat pertama kali tidak akan dapat dilupakan. Dari atas, bumi ciptaan Allah begitu indah sekali. Selepas mendarat dan makan tengahari, kami pergi ke Borobudur. Dari atas Borobudur, kami dapat melihat pokok-pokok yang menghijau dan gunung-ganang yang tinggi-tinggi belaka. Di Singapura, yang ada hanyalah Bukit Timah. Selepas ke Borobudur, kami meneruskan perjalanan ke Purbalingga. Ia mengambil masa sekitar 3 jam. Apabila tiba di Purbalingga, kami disambut dengan mesra sekali. Terharu rasanya. Keluarga angkat saya iaitu bapak Yanuar, Bu Budi dan Aisyah, baik sekali. Pada malam itu, saya tidur bersendirian. Saya rasa rindu akan rumah saya di Singapura. Tetapi, saya yakin yang saya dapat mengatasinya. Kata orang, haruslah keluar dari ‘comfort zone’ untuk mengenali diri anda yang sebenarnya(: 30 November 2008 Pagi-pagi lagi kami sudah pergi ke Limbasari. Kami dapat menanam padi dan bermain dengan lumpur. Pastinya, di Singapura, kami tidak dapat berbuat sedemikian kerana tidak mempunyai sawah. Setelah ke sawah, kami pergi membersihkan diri di sungai yang berdekatan. Airnya sejuk sekali sehingga menggigil-gigil saya dibuatnya. Selepas menukar pakaian, kami meneruskan aktiviti batik painting. Batik-batik yang dilukis lawa sekali. Selepas batik painting, kami makan tengahari. Makanannya semua enak-enak. Apabila sampai di sekolah kembali, bapak datang jemput. Kami ke Owabong untuk mengambil ibu. Sementara menunggu ibu habis menguruskan sesuatu, kami pun berjalan-jalan di sekitar Owabong. Terdapat banyak swimming pool dan saya berasa tidak sabar hendak bermandi-manda di situ pada hari rabu nanti. Selepas di Owabong, kami pergi ke kedai batik yang agak jauh juga. Ibu membelikan kain batik buat ibu dan nenek saya dan baju batik buat bapa saya. Terima kasih banyak ya bu! Hari ini saya tidur awal kerana kepenatan. 1 December 2008 Gementar dan gemuruh. Itulah perasaan saya apabila kami harus memperkenalkan diri di depan sekolah dan di depan kelas. Menggigil saya dibuatnya. Maklumlah, bukannya selalu harus berbual di depan ramai orang apatah lagi dengan berbual dalam bahasa Indonesia. Terasa seperti diserang penyakit “Parkinson” pun ada Pelajaran pada hari ini adalah TIK, bahasa Indonesia, Matematik dan bahasa inggeris. Selepas makan siang di sekolah, kami pergi ke wisata industri. Kami belajar mengenai rambut palsu dan bulu mata dan juga ceramic. Sungguh menarik sekali cara pembikinannya. Walaupun bulu mata itu kecil sahaja, proses pembikinannya amat susah sekali. Terdapat sebanyak lebih kurang 15 proses sebelum bulu mata itu siap. Ceramic yang dijual pula amatlah cantik sekali tetapi saya tidak membelinya kerana takut pecah. Apabila pulang ke rumah, ibu memberi saya telekung berwarna coklat yang mempunyai batik di hujungnya. Cantik sekali! Untuk makan malam, saya makan mee ayam. Ia seakan-akan mee soup gitu. Enak sekali rasanya. Sebelum tidur, saya membaca sekejap buku laskar pelangi yang dipinjamkan ibu kepada saya. 2 December 2008 Hari ini adalah hari kedua kami mengikuti kelas mereka. Sayangnya, hari ini juga adalah hari terakhir kami masuk ke kelas mereka. Baru hendak berkenalan dengan lebih dengan anak-anak di sekolah itu. Selepas sekolah, terdapat perlawanan bola keranjang antara bukit panjang dan spenzaga. Banyak kali kami tewas di tangan mereka tetapi tidak mengapa, ia hanyalah ‘friendly game’(: Selepas bola keranjang, kami melihat mereka berlatih silat. Terkenang kembali ke zaman silam saya ketika saya masih menyertai silat. Selepas ekstakurikular, kami berlatih gamelan. Bunyinya lain sekali dan kami menjadi bingung. Tetapi, saya percaya, kami dapat mengatasi masalah itu. Malam itu saya ke Purwokerto. Kami makan mee soto dan getuk goreng. Di negeri orang, haruslah berani mencuba makanan-makanan yang baru(: 3 December 2008 Kami pergi ke Rembang hari ini untuk melihat cara membuat clay. Saya membeli beberapa barangan clay untuk ibu saya. Harganya murah sekali! Selepas itu kami ke museum jeneral Seodirman. Kami juga makan siang di sana. Kemudian, kami terus ke tempat membuat logam dan terus ke sekolah dahulu untuk solat dan latihan gamelan. Latihan gamelan masih boleh diperbaiki lagi. Apabila kami sampai ke Owabong, hujan turun dengan lebatnya tapi ia tidak mematahkan semangat kami. Kami masih terus berenang tanpa menghiraukan hujan. Pada malam harinya, saya dan keluarga angkat pergi ke Purwokerto lagi untuk menghantar pakcik Aisyah ke stesen keretapi. Ice chocolate yang dijual di café di situ sedap sekali! Saya juga mencuba pempek dan ia rasa pedas sedikit. Hari ini, saya berasa penat sekali dan sebab itu saya terus masuk tidur apabila sampai di rumah. 4 December 2008 Hari ini kami pergi ke tempat membuat sapu, nopia dan tempurung kelapa. Barulah saya sedar bahawa saya selalu ‘take things for granted’. Kunjungan ke tempat-tempat ini menyedarkan saya bahawa ada orang hidup bersusah payah untuk menyara kehidupan manakala saya tidak bersyukur dengan kehidupan saya yang serba lengkap ini. Sebatang penyapu mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan ini mengajar saya akan erti kesabaran. Pada malamnya pula kami ada culture night. Saya harus membuat dua persembahan. Gamelan yang kami persembahkan amat baik sekali. Syabas kepada semua. Latihan yang mengambil masa yang lama berbaloi juga akhirnya. Selepas culture night, kami dihantar ke Owabong Cottage. Sungguh menyedihkan kerana saya harus berpisah dengan keluarga angkat saya. Pasti saya akan merindui mereka. 5 December 2008 Hari ini adalah hari yang menyedihkan kerana kami harus berpisah dengan kawan-kawan dari SMP N1. Harapan saya ialah semoga kita akan terus kekal berhubungan dan semoga bejumpa lagi pada masa hadapan. Selepas pamitan, kami pergi ke Jogjakarta. Sebelum ke Jogjakarta, kami berhenti solat di masjid di atas bukit. Air di tandas masjid itu sejuk sekali dan cerita kelakarnya adalah kami terpaksa solat 16 rakaat kerana solat tersalah kiblat. Sampai di Molioboro, kami pun mulalah shopping sepuas-puasnya. Banyak barang yang dibeli tapi masa untuk membeli-belah terlalu singkat. Malam itu kami menetap di hotel Narita. Teman sebilik saya adalah Fazleen dan bilik kami bernombor 214. Malam itu kami tidur pada pukul 2.30 pagi. 6 December 2008 Pagi ini kami dikejutkan oleh umairah. Kami solat subuh lambat dalam pukul 5.30 pagi. Selepas makan pagi, kami pun kemas barang-barang. Tanpa diduga, kami akan pergi membeli-belah lagi pada pagi ini. Setelah membeli barang-barang dan tersesat sikit, kami pun mengambil luggage dan menuju ke lapangan terbang. Luggage saya berat sekali! Rasa seperti akan koyak pada bila-bila masa. Kami sampai di lapangan terbang changi pada pukul 3 lebih petang. Alangkah gembiranya saya apabila dapat berjumpa kembali dengan keluarga tercinta. Alhamdulillah juga kerana kami selamat tiba di tanah air. Kenangan sewaktu berada di Indonesia tidak akan dapat saya lupakan hingga bila-bila(: |
TIRMUZI 29 Nov 08 Hari pertama Ini merupakan kali pertama saya ke Indonesia. Apatah lagi, ia juga merupakan kali pertama saya menaiki pesawat. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan kali pertama saya ke Perbalingga. Kami menaiki bas untuk ke Purbalingga dan ia mengambil masa yang agak lama sehingga saya terlelap. Sebelum itu, kami berkesempatan untuk melawati Borobudur, antara tujuh keajaiban dunia. Pemandangan di puncaknya sungguh menakjubkan sehingga tak terkata. Kami meneruskan perjalanan ke Purbalingga dengan menaiki bas. Akhirnya, kami pun tiba di Purbalingga dengan sambutan yang meriah daripada para penduduk Purbalingga seolah-olah kami ini ‘VIP’ (orang yang amat penting). Namun, sebenarnya, kami ialah orang yang penting bagi mereka. Saya sebenarnya tidak menjangkakan sambutan sehebat itu. Di sana, kami diserahkan jepada keluarga angkat kami. Saya dan Iqbal diserahkan kepada keluarga Supriyatno dan Aji Bagus merupakan ‘buddy’ saya. 30 Nov 08 Hari kedua Malam pertama di Purbalingga sungguh agak sejuk sehingga saya dapat tidur dengan begitu lena sekali. Namun, saya juga ada terdengar bahawa ada di antara rakan-rakan saya tidur dalam kepanasan kerana tidak ada kipas di bilik mereka. Pagi-pagi lagi, kami ke sawah padi untuk mengenal dengan lebih dekat lagi tentang pertanian di sana. Kami juga berkesempatan untuk bermain lumpur. Kami ditunjukkan cara-cara menanam padi dan juga diberi peluang untuk mencuba menanam padi dan merasai lumpur. Itu merupakan kali pertama saya merasai lumpur. Kami membersihkan diri dengan bermandi di sebatang sungai. Airnya jernih dan sejuk sekali. Bukan selalu kami dapat bermandi di sungai. Iqbal bersama keluarga angkat kami bermakan malam di sebuah restoran. Saya memilih untuk menikmati hidangan nasi soto ayam. Ia sesuatu yang tidak terdapat di Singapura. Sebenarnya, ia sama seperti mee soto. Cuma perbezaannya ialah nasi digunakan dan bukan mee kuning. 1 Dis 08 Hari ketiga Pertama sekali, kami ke sekolah SMP 1 Purbalingga untuk belajar bersama para belajar di sana dan menghadiri kelas mereka. Mata pelajaran yang diajar di sekolah mereka hampir sama. Ada juga mata pelajaran yang tidak terdapat di sekolah kami seperti agama. Setelah tamat waktu sekolah, kami diajak ke kilang rambut palsu, bulu mata dan seramik. Di kilang rambut palsu, rakan-rakan saya juga berkesempatan menggayakan rambut palsu apabila mereka diajak untuk memakainya. Dengan geli hati, ramai orang mengambil gambar mereka yang melucukan itu. Pada waktu malam, saya, Iqbal serta keluarga angkat kami ke Purwo Kurto unyuk berbelanja dan bermakan malam. Kami berbelanja di Moro, sebuah pusat membeli-belah. Saya terkejut sebaik sahaja mendapat tahu harga barangan di sana. Semuanya sungguh murah. Namun, tidak ada yang berkenan. Akhirnya, saya pulang dengan tangan kosong. 2 Dis 08 Hari keempat Pada hari kedua kami ke sekolah, kami mempelajari beberapa mata pelajaran yang lain seperti biologi dan agama. Kami terpaksa belajar dalam keadaan yang panas selama dua hari di kelas mereka. Cuaca pada pagi itu pula agak panas. Bilik darjah mereka tidak ada kipas tetapi ada alat hawa dingin. Walaupun kadangkala alat hawa dingin dihidupkan, bilik darjah mereka juga tetap panas. Saya bersyukur kerana bilik darjah di sekolah kami ada kipas. Selepas waktu sekolah, kami bermain bola keranjang bersama para pelajar dari Purbalingga. Pasukan lelaki dari Bukit Panjang tumpas apabila menentang pasukan lelaki dari Purbalingga. Pasukan bermain dengan baik. Walaupun begitu, pasukan perempuan kami berjaya menewaskan pasukan perempuan dari Purbalingga. Saya teringin sangat hendak bermain bola sepak. Permainan bola keranjang bukanlah kegemaran saya. Oleh itu, saya bermain bola keranjang tidaklah begitu bagus. Pada waktu malam, saya dan Iqbal serta keluarga angkat saya bermakan malam di sebuah kedai makan yang berdekatan untuk makan soto ayam. Rasa soto ayamnya agak pelik. Rasanya lain daripada yang lain. Soto ayamnya tidak seperti soto ayam di Singapura. 3 Dis 08 Hari kelima Hari ini kami ke tempat membuat ‘claypot’ di Wanogara, Rembang. Perjalanan ke sana agak jauh. Lagi memburukkan keadaan, cuaca pada hari itu amat panas. Penduduk di situ memang mahir membuat ‘claypot’ dan merekalah yang mengajar kami membuatnya. Kami semau menantikan masa untuk ke Owabong. Apabila tiba masanya, cuaca tiba-tiba menjadi gelap. Hujan turun dengan lebatnya. Memang sudah nasib kami. Namun, kami masih juga ingin bermandi di Owabong. Hujan yang lebat tidak pun menjatuhkan semangat kami untuk bermandi. Airnya teramat sejuk sekali sehingga saya menggigil kesejukan. Saya rasa masa di Owabong haruslah dipanjangkan dan diadakan pada waktu pagi di mana hujan dijangkakan tidak turun. Setelah penat bermandi di Owabong, pada waktu malam, saya dan Iqbal bermakan malam bersama keluarga angkat saya di Restoran Asiatic. Restorannya sungguh cantik dan berkelas tinggi. Apatah lagi, makanannya sungguh lazat. Saya tidak pernah ke restoran seperti itu. 4 Dis 08 Hari keenam Kami memulakan aktiviti dengan lawatan ke industri kerajinan sapu Glagah dan makanan ‘Nopia Asli’. Mereka menunjukkan cara-cara membuat penyapu dan makanan nopia. Enak juga rasa nopia yang dibuat di situ. Pada waktu malam, kami akan meninggalkan keluarga angkat kami dan akan tidur di sebuah hotel di Owabong. Sebelum itu, kami akan membuat persembahan pada malam kebudayaan. Saya rasa persembahan puisi, gamelan, tarian dan gpa kami agak baik setelah berulang kali kami berlatih. Para pelajar dari Purbalingga juga turut membuat persembahan dan sememangnya persembahan mereka tidak mengecewakan. Hotel di Owabong itu sungguh memuaskan. Akhirnya, kami dapat tidur dengan udara yang lagi sejuk. 5 Dis 08 Hari ketujuh Pada waktu pagi, kami ke sekolah SMP 1 Purbalingga untuk mengucapkan selamat tinggal kepada para pelajar Purbalingga. Sebelum kami menaiki bas untuk berangkat dan meneruskan perjalanan pulang, kami harus bersalaman dengan semua para pelajar di sana. Saya memang tidak menjangkakan mereka akan membuat seperti itu. Saya terkejut apabila mendapat tahu kami akan bersalaman dengan semuanya. Ada juga di antara rakan-rakan saya yang menangis apabila mereka terpaksa meninggalkan rakan-rakan baru mereka dari Purbalingga. Saat perpisahan itu memang sukar bagi kami. Sebelum kami berangkat menuju ke Yogyakarta dan Malioboro untuk membeli-belah, kami bersolat Jumaat dahulu di sebuah masjid yang terdapat di kawasan pergunungan. Angin di sana agak sejuk. Airnya juga sejuk. Saya suka dengan cuaca seperti itu. Kami tidak sabar untuk ke Maliobora. Kata orang di sana, Malioboro itu seperti Orchard Rd di Singapura. Barangan di sana agak murah. Apatah lagi, kami boleh tawar untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Bermacam-macam barangan yang terdapat di sana. Setelah membeli-belah di Malioboro, kami ke Solo dan tidur di sebuah hotel yang terdapat di sana. Hotel di sana juga tidak mengecewakan. 6 Dis 08 Hari kelapan Sebelum kami berangkat ke Singapura, kami berkesempatan untuk membeli-belah lagi di Solo. Barangan yang terdapat di Solo tidaklah begitu banyak dan beraneka macam seperti di Malioboro. Oleh itu, saya hanya membeli jam tangan di sana yang harganya jauh lebih murah daripada jam tangan yang terdapat di Singapura. Akhirnya, kami akan meninggalkan Indonesia. Pengalaman di Indonesia memang sukar untuk dilupakan kerana ini merupakan pertama kali saya ke Indonesia. Keindahan alam semula jadi dan gunung yang tersergam indah sememangnya tidak terdapat di Singapura. Saya berasa gembira dan bersyukur dapat mengikuti progam pertukaran pelajar ini. |
|